Kenapa Pula MalaysiaKini Tidak Boleh Disentuh?

Pelbagai respon ditunjukkan oleh banyak pihak berhubung perhimpunan mengejut Gerakan Baju Merah di hadapan ibu pejabat MalaysiaKini di Jalan Tandang, Petaling Jaya, Sabtu lalu. Dikalangan penyokong, mereka menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus bagi mengajar sedikit MalaysiaKini erti hormat kepada kerajaan hari ini.

Bagi kelompok lain pula, mereka menganggap, apa yang dilakukan oleh Baju Merah ini sebagai melampaui batas dan cuba mengganggu urusan media yang dilindungi oleh Persatuan Media Antarabangsa. Dakwa mereka lagi, Baju Merah ini melambangkan cara sistem politik mengugut untuk membolehkan semua pihak tunduk kepada desakan mereka.

Terbaru, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dilapor mendesak kerajaan untuk menghentikan sebarang gangguan terhadap portal MalaysiaKini seperti yang dilakukan oleh Gerakan Baju Merah, Sabtu lalu.

Menurut wakil CPJ Asia Tenggara, Shawn Crispin berkata, dia hairan bagaimana laporan bebas MalaysiaKini boleh dianggap menjadi ancaman dan bukan kebaikan kepada demokrasi Malaysia yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan.

Dalam laporan yang sama, pihaknya menggesa polis hentikan siasatan yang dipolitikkan dan kerajaan berhenti mengancam kebebasab wartawan seperti yang berlaku terhadap MalaysiaKini, baru-baru ini.

Hebat, baru sahaja di gegarkan dengan lebih seribu orang, ianya pantas mendapat reaksi balas daripada agensi luar. Walhal, sepanjang perhimpunan itu berlangsung, tiada sebarang kekacauan ditumbulkan oleh Gerakan Baju Merah. Apa yang dituntut mereka hanyalah jawapan mengenai pembiayaan Open Society Foundation, seliaan George Soros yang membiayai operasi MalaysiaKini.

Jika Shawn memaksa pihak polis dan kerajaan untuk menghentikan gangguan terhadap MalaysiaKini, kenapa Shawn tidak meminta MalaysiaKini berhenti dari memutar belitkan laporan yang dibuat oleh portal berkenaan jika mengulas tentang isu membabitkan kerajaan? Kenapa Shawn tidak memaksa MalaysiaKini mengamalkan budaya menyampaikan berita yang tepat dan sahih?

Apa yang diminta oleh Datuk Seri Jamal dan Gerakan Baju Merah hanyalah jawapan berhubung pembiayaan Soros terhadap portal berkenaan, bukan bertujuan untuk menghancurkan portal tersebut. Adakah CPJ turut terganggu andai ada gerakan yang mahu membongkar pembabitan Soros dalam mana-mana gerakan yang mahu menghancurkan kerajaan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana