Keluar Pribumi Keluarlah, Apahal UMNO Dikaitkan?

DIFAHAMKAN mutakhir ini semakin ramai meninggalkan Pribumi, parti yang Mahathir cipta untuk saingi UMNO.  Dahlah tak berapa nak banyak ahlinya, berbondong-bondong pulak yang keluar lagi.

Belum 2 bulan ditubuhkan secara rasmi.

Mulakan penulis ingat seorang – balaci terapat itulah, rupanya ramai lagi yang ambik keputusan sama.  Termasuk beratus yang dakwa nama didaftarkan tanpa mereka sendiri mengetahuinya (macam pernah dengar je cerita ni).

Cuma masalahnya, nak keluar tu keluar sajalah, yang naik kaitkan dengan UMNO tu kenapa?  Dia yang tanam padi tapi tumbuhnya lalang, kenapa UMNO pulak yang nak dikaitkan?  Berpuaklah, skandal lah, dedahlah, semua ni mana ada dalam UMNO?

UMNO takde puak-puak, semuanya bersatu dibawah Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.  Buktinya, sampai Mahathir merujuk kesatuan ini kononnya UMNO sudah jadi parti Najib.  Mana sama dengan Pribumi yang katanya bekas-bekas ahli ni sekarang ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin dan sebagainya, yang tak tahan tu, puak Mukhriz pun ada.

Kita boleh faham kalau Mahathir dan Muhyiddin ada puak masing-masing sebab dua ini sudah lama dalam politik, tapi Mukhriz – satu satunya calon BN dalam PRU13, kempen usung bapak, pun ada puak?  Rasa nak gelak pun ada tapi sekali lagi, merekalah kata, bukan penulis.

Skandal apatah lagi, memang takdelah melainkan apa yang Mahathir cipta dan cuba kaitkan dengan Najib.  Siasatan oleh pelbagai agensi berkaitan bagaimanapun mendapati, Najib tidak melakukan apa yang di dakwa itu.  Kalau yang dimaksudkan tu melibatkan perempuan ketika menjadi isteri orang, memang tersangatlah jauhnya, takde langsung perkara-perkara macam itu berlaku dalam UMNO.

Jadi mana sama UMNO dengan Pribumi yang ditinggalkan secara beramai-ramai ni?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana