KEBAJIKAN KAUM ORANG ASLI DIPANDANG SEPI OLEH BERSIH?

KUNUNNYA Bersih memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum serta keturunan di negara ini. Namun sebenarnya ia hanya ‘indah khabar dari rupa’.
Jika diamati lima tuntutan Bersih 5.0 ini, tiada satu pun yang memperjuangkan hak asasi kaum Orang Asli di negara ini.

Malah dalam lima siri Bersih yang diadakan sejak 2007 lalu, tiada satu pun tuntutan yang sebenar-benarnya memperjuangkan kaum Orang Asli.

Walhal, di setiap siri berkenaan mereka telah ‘mempergunakan’ kaum ini demi untuk memastikan gerakan mereka tampak ramai dan diterima pelbagai kaum.

Soalnya, mengapa kaum Orang Asli hanya dijadikan sebagai demonstran sedangkan tiada sebarang tuntutan khusus untuk kebajikan mereka?

Adakah Bersih menganggap bahawa kaum Orang Asli hanya sekadar kaum serpihan dan mudah dipergunakan demi kepentingan Bersih? –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana