‘Kawan’ Tak Mahu Masuk Parti Bunga Pun Dia Seranah?

Sejak dari dulu lagi, jika dia bergaduh sengan sesiapa pun, dia hendak menang. Walau bergaduh dengan mereka yang jauh lebih baik, lebih bijak dan lebih waras darinya pun, dia tetap mahu menang. Lidahnya begitu mudah menuduh walaupun tidak masuk dek akal.

Terbaru, dia bergaduh pula dengan kawan baiknya, Datuk Ibrahim Ali. Sejak dari dulu lagi mereka berkawan. Melayu sama Melayu, Islam sama Islam. Jika dia digelar ‘ultra Melayu’, Tok Him pula disifatkan sebagai ‘ekstrem Melayu’.

Tapi hanya kerana Ibrahim enggan sertai PPBM, dia buat tuduhan yang penulis yakin dia sendiri pun tidak tahu sama ada betul atau tidak. Padahal Ibrahim sudah awal-awal beritahu tidak mahu masuk PPBM sebab bersekongkol dengan DAP.

Hanya kerana DAP, dia sanggup serang kawan baiknya sendiri? Dia kata dia malu sebab kawannya itu tidak mahu sertai DAP. Dia bandingkan pula DAP dengan MCA, kononnya mahu cakap MCA itu lebih ‘jahat’ dari DAP? Dia tuduh pula Ibrahim kerja untuk Najib?

Sejak dari zaman merdeka lagi MCA sertai Perikatan yang diterajui UMNO. Hingga Perikatan berubah nama menjadi Barisan Nasional, MCA masih kekal bersama. Walau kadang-kadang MCA agak celupar diluar sana, namun atas kesepakatan bersama, UMNO cepat atasi masalah yang timbul.

Maksudnya, seteruk mana pun MCA itu, setidak-tidaknya parti kaum Cina itu masih dapat mengawal diri, bertolak ansur dan lebih mengutamakan perpaduan bersama. MCA hakikatnya masih boleh berkompromi dan menghormati keputusan UMNO sebagai ketua.

Ia adalah amat bertentangan dengan DAP. Siapa yang boleh kawal DAP? PAS hampir hancur dikerjakan DAP. PKR pula dilihat bagaikan ‘lembu dicucuk hidung’, hanya menurut apa saja kehendak DAP. Walau PKR ‘ketua pembangkang’, dasarnya bagai DAP yang menjadi ‘Raja’.

Dia kata DAP isytihar secara terbuka bahawa mereka menghormati perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara. Benar mereka ada berkata begitu. Namun hakikatnya, kata-kata tersebut hampir membuat ramai yang ‘loya’, malah hampir ‘muntah hijau’!

Apa dia lupa apa yang DAP pernah ucap sebelum ini? Apak dia lupa apa tindakan DAP sebelum ini? Apakah memori dalam otaknya sudah ‘delete’ semua sejarah yang menukilkan tentang kebejatan dan ‘cakap tak serupa bikin’ DAP?

Siapa yang kata DAP paling rasis sebelum ini? Jika DAP paling rasis, apakah asas dan fakta yang membuktikan kata-kata tersebut? Dia lupa mulutnya yang berkata demikian? Apakah parti paling rasis boleh dianggat hormat pada perlembagaan negara yang menetapkan kedudukan bangsa Melayu?

Pada pandangan penulis, semua rakyat di Malaysia dapat melihat perbezaan di antara MCA dan DAP. Malah pernah diperdebatkan tentang istilah ‘kafir dhimmi’ dan ‘kafir harbi’. Mengapa sampai tercetus istilah sebegitu sekiranya tidak ada pihak yang ‘melampau’ sebelum ini?

Sejarah selama 22 tahun tidak pernah menipu. Segala tersimpan kemas dan dapat dinilai tentang siapakah DAP dan siapakah MCA. Itu fakta jelas.

Tapi hanya kerana kawannya tidak mahu sertai parti barunya, dia mengamuk tuduh yang bukan-bukan? Di mana letaknya kewarasan pemikiran seorang yang kononnya terlalu ‘genius’? Genius hingga melampaui kewarasan dan kebenaran? Dia fikir semua orang dia boleh perbodohkan?

Jika dulu ketika dia berkuasa dan sanggup menggunakan kuasa untuk menekan ramai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, mungkin ramai orang akan takut dan terpaksa percaya pada kata-katanya. Namun kini, selepas sudah banyak tembelangnya pecah, dia mahu orang terus percaya pada apa saja yang dia sebut?

Dia bukan Nabi, dia juga bukan Rasul. Dia hanya seorang mantan yang pernah ditakuti sahaja. Terimalah hakikat bahawa jalannya sudah tersasar jauh dari landasan. Harap dia kembalilah ke ‘tikar sejadah’. Kita doakanlah saja supaya dia kembali waras…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana