Kalau Politiknya Hipokrit, Orangnya Pun Hipokritlah Juga

KALAU politik perkauman belum cukup, mutakhir ini negara kita diperkenalkan pula dengan politik hipokrit – cakap tak serupa bikinlah senang faham.  Pelopornya, tidak lain dan tidak bukan bekas Perdana Menteri Mahathir yang kini memimpin parti pembangkang Pribumi cap bunga raya.

Penulis taknak ulas pasal agama sebab penyokong pembangkang bukan semuanya ada agama pun.  Buang masa saja menyentuh aspek itu dengan orang yang tidak melihat agama sebagai satu kepentingan.

Brbalik pada tajuk, banding dengan politik perkauman, politik hipokrit ini lebih dahsyat, tak hairan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak menunggu lama untuk menyerang Mahathir dalam ucapannya.

Sememangnya inilah yang wajar dilakukan kerana masalah dengan politik hipokrit, orang yang mengamalkan politik serupa ini, cakapnya rakyat tidak pakai – dah nama pun hipokrit.  Dia boleh cakap berjuang pasal rakyat hari ini dan esoknya dia boleh cakap pasal berjuang untuk entah apa yang lain pula, bergantung kepada apa untung dan ruginya dia pada hari itu.

Serupa Mahathir inilah.  Masa tak untung dia, Anwar itulah semua yang buruk, yang liwat jantan dan sebagainya tapi bila ada untung dia, segala yang baik ialah Anwar, Mahkamah dah putuskan penjara sekian sekian pun, Mahathir sertai kempen untuk bebaskan.

Begitu banyak perkara berlawanan yang dicakapkan dulu, dia lupakan begitu saja – senang betul.

Tak apalah kalau libatkan berdua dia saja, tapi ini rakyat pun nak dilibatkan sama.  Nak jadi apa rakyat ni kalau pemimpin cakapnya tak boleh dipakai?  Itu persoalannya.

Maka itu rakyat perlu berhenti menyokong pemimpin dan parti yang semacam ini sebelum terlewat dan sokonglah parti yang meletakkan keutamaan kepda rakyat.  UMNO/BN lah yang kita cakapkan ni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana