Kakitangan MalaysiaKini Cemas “Dikunjungi” Baju Merah

Hari ini telah mencatatkan satu sejarah baru di mana sepanjang penubuhan MalaysiaKini, inilah kali pertama pejabat operasi mereka dikunjungi oleh Gerakan Baju Merah, kumpulan penentang laporan-laporan fitnah dan songsang mereka selama ini.

“Kunjungan” buat julung-julung kalinya ini telah mengejutkan ramai kakitangan MalaysiaKini yang rata-ratanya tidak percaya Gerakan Baju Merah boleh berhimpun dihadapan bangunan mereka.

Sebenarnya, kehadiran kira-kira 100 orang pengikut Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus kepejabat MalaysiaKini hanyalah untuk menuntut pihak MalaysiaKini menjelaskan kepada umum, dana yang disumbangkan oleh Open Society Foundation (OSF) yang diketuai oleh George Soros yang mahu melihat kerajaan yang ada pada hari ini ditumbangkan.

Menariknya, sejak terdedahnya isu ini, pihak MalaysiaKini bertindak mendiamkan diri tanpa membuat sebarang ulasan samada mengiyakan atau menafikan sumbangan berkenaan. Ini telah mendorong Datuk Seri Jamal mengetuai segelintir pengikutnya mendesak pihak MalaysiaKini menjelaskan tentang sumbangan berkenaan.

Menurut sumber dalaman MalaysiaKini, mereka agak terkejut apabila gerombolan Gerakan Baju Merah menghampiri pejabat mereka. Dia yang enggan dikenali memberitahu, inilah kali pertama sejak dia bekerja di MalaysiaKini, mereka berhadapan dengan detik yang sedikit mencemaskan.

Namun, katanya lagi, pertemuan antara Datuk Seri Jamal dan Ketua Pengarang Kumpulan MalaysiaKini, Steven Gan berlangsung dalam keadaan yang aman serta tiada sebarang ketegangan berlaku. Menurutnya, Datuk Seri Jamal diiringi oleh beberapa orang anggota polis yang bertindak memastikan pertemuan berkenaan berlangsung tenang.

Walaupun pada sidang media tidak lama selepas itu yang memperlihatkan ketegasan Datuk Seri Jamal menuntut jawapan dari MalaysiaKini berhubung sumbangan Soros ini, namun ianya kekal berada dalam keadaan tenang dan tidak timbul sebarang kekecohan semasa “kunjungan” tidak diduga ini berlangsung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana