Jangan Peduli Politik Pembangkang Menakut-Nakutkan Rakyat

Rakyat diminta tidak memperdulikan politik pembangkang yang sanggup melakukan apa saja untuk memburukkan kerajaan termasuk menakut-nakutkan rakyat bagi meraih sokongan.
Ini termasuk tuduhan kononnya negara digadai apabila kerajaan berjaya menarik pelaburan besar dari China, baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

pm majuPerdana Menteri berkata, sebelum ini pemimpin pembangkang mendakwa pelabur hilang kepercayaan untuk melabur di negara ini, tetapi apabila berjaya menarik pelaburan besar dari China, mereka tuduh pula menjual negara.

“Pembangkang tidak peduli fakta, sebaliknya mereka pusing balik apa saja fakta yang kita ada termasuk pemimpin dulunya bersama kita dalam Barisan Nasional (BN),” kata Najibi ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan Parti Liberal Demokratik (LDP), di Kota Kinabalu.
Beliau turut mengingatkan parti komponen BN supaya tidak terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang menggunakan apa saja cara untuk memburukkan kerajaan.

Beliau yang juga Pengerusi BN sebaliknya berkata, semua parti komponen perlu fokus kepada usaha membawa perubahan yang memberi makna dalam kehidupan rakyat dan melaksanakan tugas sewajarnya.

Tegasnya, parti komponen BN tidak harus patah semangat atau terikut-ikut rentak politik pembangkang yang menggunakan pendekatan menakutkan rakyat bagi meraih sokongan.
“Sebagai pemimpin bertanggungjawab, kita mesti fokus kepada usaha bagaimana membawa perubahan dan buat pekerjaan yang betul. Kita jangan peduli politik yang macam ini (pembangkang),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana