Jangan musnah negara kononnya mahu berubah

SHAH ALAM 2 Nov.- Tidak sepatutnya keamanan negara yang terpelihara sejak 59 tahun lalu dihancurkan semata-mata mahu membawa perubahan kepada sistem pilihan raya sedia ada.

Ini kerana nikmat yang dikecapi itu terpaksa mengorbankan banyak nyawa terutama anggota pasukan keselamatan.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Selangor, Md. Yusop Abd. Majid menuntut supaya perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini dihalang walaupun didakwa mempunyai niat yang baik untuk rakyat serta negara.

“Janganlah kita sewenang-wenangnya menghancurkan keamanan negara yang terpelihara sejak sekian lama hanya kerana ingin melakukan perubahan dalam sistem pilihan raya. Perhimpunan sedemikian hanya menyebabkan suasana aman menjadi kucar-kacir.

“Perhimpunan Bersih 5 dipercayai didalangi pihak asing yang mempunyai agenda bukan sahaja menjatuhkan kerajaan tetapi ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Gerakan Penegak Suara Selangor (Gapenas), Nasiruddin Mohamed dan Bendahari Pertubuhan Suara Rakyat Marhaens (Suara), Kamarujas Abdullah.

Sementara itu, Nasiruddin memberitahu, pihaknya membuat laporan polis terhadap penganjur Bersih rentetan daripada pendedahan oleh DC Leaks, Open Society Foundation (OSF) milik George Soros yang dikatakan memberi dana untuk melaksanakan aktiviti yang cenderung menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Pendedahan DC Leaks tidak boleh dipandang ringan kerana selain OSF dikatakan membiayai Bersih, ia juga didakwa membiayai Merdeka Center dan Malaysiakini.

“Pemberian geran di bawah Malaysia Programme kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tersebut harus disiasat oleh polis,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana