"Jamal Manusia Jenis Apa?" - Amanah...Kena Tumbuk Siapa Yang Tak Marah?

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir menyelar kenyataan ugutan ketua kumpulan baju merah susulan insiden 'hidung berdarah' pada Ahad lalu.

Menurut Anuar, kenyataan  Datuk Seri Jamal Md Yunos, "darah dibayar darah" tidak seharusnya dikeluarkan kepada penyokong baju kuning yang akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini.

"Berdarah hidung sikit pun dah nak darah berbalas darah?.

"Manusia jenis apa yang berfikir begitu. Kalau beliau seorang pemimpin dalam apa jua kapasitinya...beliau harus jadi seorang yang tenang," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di sini, Selasa.

Sebelum ini Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berikrar untuk membayar setiap titisan darahnya yang tumpah akibat ditumbuk ketika pergelutan antara kumpulan baju merah dengan konvoi Bersih 5 di Ampang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana