Jahat dan Dengki!!!!! Pembangkang cemburu kejayaan PM di China - MCA

Bermacam-macam andaian dan fitnah ditaburkan di media sosial berikutan kejayaan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke China yang menghasilkan 14 Perjanjian Persefahaman (MOU) perniagaan dengan cadangan pelaburan bernilai kira-kira RM143,64 bilion (AS$35.91 bilion).

Antara yang lantang bersuara ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan MOU projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dakwanya akan membawa kepada aliran keluar dana.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendakwa China tidak layak diberikan projek berkenaan kononnya ia kurang kelayakan.

Penulis pojok dan penyokong kuat Mahathir, Datuk A Kadir Jasin pula melalui FB menuduh lawatan Perdana Menteri bertujuan untuk menjual negara.

Tak kurang juga pemimpin-pemimpin parti pembangkan dan pejuang-pejuang siber mereka yang mengandaikan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani itu lebih menguntungkan China.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong nampaknya sudah tak tahan lagi mendengar tohmahan-tohmahan ini.

Bercakap kepada media selepas merasmikan satu majlis di ibukota, Khamis, Ka Siong berkata dia rasa amat terkilan dengan golongan berkenaan.

"Saya rasa terkilan ada golongan dari pihak pembangkang telah menganggap lawatan Perdana Menteri ke China kali ini adalah dengan tujuan menjual negara.

"Itu adalah satu tohmahan yang sangat serius. Bagi seorang pemimpin negara apa yang perlu dibuat ialah melakukan yang terbaik untuk rakyat jelata.

"Kalau beliau pergi ke China dengan hasrat untuk mendapat lebih banyak dana pelaburan, dan kita lihat banyak perjanjian yang telah dimeterai, itu adalah untuk memakmurkan negara. Kenapa pula tuduhan liar ini boleh dilontarkan terhadap beliau.

"Ia adalah satu niat jahat dan satu fitnah besar. Kedua, kalau tidak tahu kandungan MOU yang dimeterai, jangan kita buat andaian bukan-bukan. Tolong semak dulu, barulah buat analisis yang betul," katanya.

Ka Siong menganggap tindakan mereka ini semata-mata demi kepentingan politik masing-masing selain kerana didorong perasaan cemburu.

"Ini merupakan kejayaan Perdana Menteri yang sangat dicemburui oleh pemimpin-pemimpin khususnya dari pihak pembangkang," katanya.

Menyentuh ECRL, Ka Siong berkata syarikat dari negara itu berjaya mendapat projek berkenaan berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kemampuan kewangan.

"Kita lihat di China saja, sejauh 140 ribu kilometer landasan telah siap dibina sejak dulu sampai sekarang. Untuk High Speed Rail sahaja China telah membuat landasan sejauh 20 ribu kilometer.

"Dari segi kepakaran dan pengalaman, kalau kita lihat mana-mana negara, jika mereka memanggil tender, syarikat-syarikat dari China akan masuk sebab mereka ada kepakaran dan kemampuan kewangan.

"Apatah lagi kali ini Perdana Menteri berjumpa dengan tiga pemimpin terulong China iaitu Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Parlimen.

"Kalau persahabatan antara China dan Malaysia dapat menjalin lebih banyak kebaikan kepada rakyat, kenapa tidak.?

"Sekarang, kalau kita nak buat apa-apa projek, ia adalah perencanaan 20 tahun akan datang untuk menukar wajah Malaysia.

"Tidak adil bagi mana-mana pihak membuat andaian yang bukan-bukan dan saya lebih sedih apabila DAP yang mendapat sokongan ramai pengundi Cina, kali ini pula mengutuk negara China.

"Saya pun tak faham apa sudah jadi kepada parti ini. Adakah ia lebih mirip kepada negara kuasa besar selain dari China? Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan dan menakjubkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana