Isu gelagat Tun Mahathir dijangka bergema di Perhimpunan Agung UMNO...

Memang ramai ahli UMNO yang terkilan melihat gelagat Tun Dr Mahathir Mohamad yang buat pelbagai U-Turn dalam pendiriannya berbanding semasa beliau berkuasa dulu hingga ada antaranya dikira tidak masuk akal dalam usahanya untuk hancurkan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sendiri jangka isu bekas Presiden UMNO itu dijangka bergema sakan masa Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini.

Tanpa menyebut nama siapa kecuali merujuk perkara itu kepada ‘bekas pemimpin’ ,beliau berkata masa dulu mereka tegas meminta ahli agar mempertahankan parti demi agama bangsa dan negara.

Sebaliknya kini mereka sendiri mahu menghancurkan parti menerusi macam-macam cara hingga ‘ tak masuk akal’.



Beliau percaya para perwakilan akan menyuarakan rasa kecewa dan tidak puashati terhadap tindak tanduk mereka.

Tengku Adnan kata kebelakangan ini sudah menjadi hajat puak pembangkang hendak meruntuhkan institusi presiden parti.

Tegasnya adalah menjadi tugas dan tanggongjawab ahli parti semua mempertahankan parti dari serangan itu.

Ditanya mengenai isu kerjasama dengan PAS,Setiausaha Agung UMNO itu menjelaskan parti akan buat rumusan mengenainya setelah mendengar ‘ suara’ para perwakilan semasa perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO nanti.

“Kita serahkan pada apa yang berlaku masa Perhimpunan Agung …(mungkin) akan disuarakan oleh para perwakilan .Kita akan dengar pandangan perwakilan.Kita akan ambil keputusan selepas perhimpunan kali ini,”katanya.

Mengenai pengulungan pada hujung perhimpunan pula yang mana pada tahun lalu hanya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak saja yang berucap,Tengku Adnan kali ini belum lagi diputuskan mengenainya.

Katanya samada ia kekal atau berubah balik macam dulu akan ditentukan oleh mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan semasa awal perhimpunan nanti.

Asalnya dulu selain Presiden turut berucap semasa pengulungan ialah Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi yang berjawatan menteri.

Sementara itu Tengku Adnan memberitahu pada perhimpunan kali ini di Pusat Dagangan Dunia Putra seramai 5,732 perwakilan UMNO dari seluruh negara dijadual hadiri.

Daripada jumlah itu, 2,762 hadir untuk perhimpunan agung, manakala bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita seramai 993 orang, Pemuda (992) dan Pergerakan Puteri akan disertai 991 orang perwakilan.

“Seramai 44 wakil daripada 12 parti dari 10 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan seramai 78 anggota perwakilan dari 80 Kelab UMNO Luar negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir.

“Seramai 1,193 petugas media dari 48 agensi media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan perhimpunan itu,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO akan bermula pada 29 November sehingga 3 Disember dengan Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka pada jam 2.00 petang.

Ia diikuti dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada jam 8.00 malam.

“Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun ini diadakan di Dewan Merdeka, Pergerakan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn manakala Pergerakan Puteri diadakan di Dewan Tun Dr Ismail yang didakan serentak pada 30 November.

Upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 1 Disember Di Dewan Merdeka pada jam 8.00 pagi oleh Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana