Insaf lah Dr M, kembali ke tikar sejadah : Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menasihati bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir supaya lebih baik kembali ke tikar sejadah dan belajar agama daripada membuat komen politik yang merepek.

Beliau berkata komen-komen yang disuarakan Dr Mahathir menampakkan dirinya seolah-olah cuba menutupi dosa lampaunya walhal beliau sendiri boleh melakukannya ketika masih ditampuk kuasa.

“Dr Mahathir komen ikut suka dia sahaja. Orang tua, saya ingat dia yang sekat royalti minyak di Kelantan yang beliau kata nak bagi royalti. Dia yang penjarakan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kemudian (sekarang) nak bebaskan Anwar.

“Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Bila tiada kuasa, dia sebut pula nak bebaskan Anwar. Itu saya kata dahulu dia baik kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah, belajar agama. Itu lebih baik bagi dia,” tegas Nik Abduh ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Isnin.

Mengulas kerjasama PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Nik Abduh berkata tindakan PPBM disifatkan lebih cuma bermain ‘tarik tali’.

“Saya sendiri tidak tahu parti PPBM ini serius atau tidak. Tengok kenyataan macam serius untuk bersama PAS. Bila tengok kenyataan kedua, macam tidak serius. Saya tidak mahu komen,” katanya.

Beliau turut menyangkal kenyataan Dr Mahathir, PAS tidak akan menang mana-mana kawasan yang ditandingi jika berseorangan pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

“Itu kenyataan Dr Mahathir. PAS tidak pernah kata bahawa kita tidak akan menang, kita yakin bahawa kita akan dapat majoriti daripada rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, PAS akan lebih berhati-hati dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan parti itu.

Bagaimanapun pihaknya masih terbuka untuk menerima mana-mana parti yang berminat untuk bersama PAS namun bukannya daripada Parti Harapan (PH).

“Jangan sebut Pakatan Harapan,” katanya ketika ditanya mengenai kerjasama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana