Inilah Kerjanya Untuk Kelirukan Minda Rakyat!!!! UmumPenyelewengan Apa Yang Rafizi Dedah?

BILA Rafizi dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan semalam kerana kesalahan dibawah Akta Rahsia Rasmi, penyokongnya di media sosial menyambut itu sebagai bukti kerajaan zalim kerana memenjarakan orang yang mendedahkan penyelewengan dan rasuah.

Penyelewengan dan rasuah apa yang si Rafizi ni dah dedah atau faham ke tidak fakta kes ni macam mana?

Dari pemahaman penulis berdasarkan bacaan dari beberapa sumber, kes ini adalah tentang Rafizi mendedahkan satu mukasurat dari keseluruhan dokumen yang sudah diklasifikasikan sebagai rahsia, kepada umum.

Penulis tidak rasa dokumen ini diklasifikasikan sebagai rahsia sebab nak melindungi rasuah dan penyelewengan seperti di dakwa, tapi atas sebab-sebab keselamatan – hujah atas sebab keselamatan yang macam mana tu boleh dikemudiankan, tapi nak sebut, bukan semua benda boleh dedah kepada umum – ini wujud dimana-mana pun, bukan negara ini saja.

Keseluruhan dokumen berkenaan pun dah didedah kepada semua wakil rakyat dalam PAC (bi-partisan) yang kemudiannya dibahas dalam parlimen, bukan tutup dan sapu bawah tikar macam itu saja.  Kalau ada timbul soal rasuah dan penyelewengan, ia dah wujud di peringkat ini, adakah logik wakil pembangkang dalam PAC nak buat tak nampak begitu saja?  Baik dia dedah dulu dari Rafizi.

Balik pada cerita tadi, satu halaman (dari keseluruhan dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia ni) didedahkan dan ia tentang kononnya 110 anggota tentera tidak dibayar pampasan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana konon kaitan Lembaga tersebut dengan 1MDB – fakta yang sudah diketahui umum sejak 2013.

LTAT dah menjawab pun persoalan itu  (dari 110 – 69 dah dibayar, selebihnya sama ada dalam proses pembayaran atau menunggu dokumen lengkap dari ATM).

Di mana wujud soal penyelewengan dan rasuah?

Sebetulnya, dia boleh tanya LTAT begitu saja untuk dapat jawapan tapi bila dia guna dokumen yang dah diklasifikasi sebagai rahsia untuk minta LTAT bagi penjelasan, kat situlah datang kesalahan – bukan pertanyaan tu yang salah.

Umpama, bila jiran pukul anak kita, kita boleh pergi rumah dia dan tanya baik-baik kenapa (pukul) – takde masalah.  Tapi bila kita bawa kereta kebal dan hala muncung meriam ke rumahnya untuk dapat penjelasan, itu yang datang salah.  Nak tanya, tanya sajalah, yang kau hulur muncung meriam dalam rumah dia tu kenapa?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana