Ini strategi DAP untuk perintah negara secara senyap...

Lojiknya terbentang di depan mata.Cuba tanya bukankah pelik sekalipun asas perjuangan nun jauh berbeza namun DAP masih terima dan nak berdakap mesra dengan PKR,Parti Amanah (PAN) dan terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...dan dulunya PAS.
 
Malah dulunya misalnya Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad cukup sakan tibai DAP dan begitu juga DAP tidak pernah sunyi menghentam bekas Perdana Menteri itu.
 
Namun kerana matlamat bersama segalanya tiba-tiba jadi suci bersih.
 
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa secara terbuka memberi analisa mudah mengenai gelagat DAP ini.
 
Baginya ia adalah strategi DAP untuk memastikan orang Melayu berpecah dan menjadikan mereka boneka agar mereka kelak dapat tumbangkan Barisan Nasional untuk memerintah Malaysia ' secara senyap'.
 
Beliau mendakwa DAP kebelakangan ini menjalankan usaha menyusup masuk ke dalam parti Melayu.Antara lain dengan cara meletakkan calon Melayu pilihan mereka dalam parti pembangkang.
 
Katanya ini sebagai satu strategi untuk mereka mempunyai kerusi pada jumlah lebih besar dari rakan-rakan parti pembangkang lain.
 
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penerangan oleh Biro Penerangan UMNO di bangunan ibupejabat UMNO Selangor di Shah Alam Ahad.
 
Menurut Annuar sebelum ini DAP telah menyusup masuk ke dalam PAS dan pecahkan parti itu.
 
Beliau percaya penyusupan ini akan berlaku pada parti PPBM pula.
 
“Strategi DAP seterusnya memastikan orang Melayu berpecah. Untuk cara memastikan orang Melayu berpecah DAP terima Tun Mahthir, Anwar dan Mat Sabu walaupun DAP tahu ketiga-tiga individu ini mempunyai DNA yang berbeza dan asas yang berbeza.
 
“Tapi mereka mahu memastikan mahu menumbangkan BN dan perpecahan dalam orang Melayu. DNA politik itu akan mencorak sistem dan struktur dan impak dalam sistem politik implikasi sangat besar sistem politik dalam negara,” katanya.
 
 
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar yang hadir sama dalam sidang akhbar itu yang bersetuju dengan pandangan Annuar kata sebab itulah pada hari ini DAP bukan sahaja berjaya pecah belahkan Melayu tapi juga telah berjaya mempergunakan orang Melayu bukan sahaja jadi ahli tapi jadi jurucakap mereka.
 
Katanya DAP akan terus tidak berpuas hati dengan apa yang juga peruntukan dalam perlembagaan terutamanya hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan beberapa klausa khususnya di negeri Selangor yang diberi keutamaan pada orang Melayu.
'Perjuangan DAP kita semua sedia maklum mahukan kesamarataan,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana