Ini pandangan Annuar Musa pasal Dr Mahathir ke Parlimen...

Langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Parlimen buat pertama kali selepas menyertai pembangkang disifatkan sebagai isu yang kecil.
 
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melihat kehadiran Tun Mahathir ke Parlimen merupakan satu hal yang remeh dan tidak penting.
 
"Saya menerima banyak mesej yang meminta saya untuk memberi komen berhubung kehadiran Tun M ke Parlimen. Bagi saya ia isu kecil dan tidak penting.
 
"Bagi saya mudah... bawa Tun M ke Parlimen umpama membawa kereta antik ke perlumbaan Formula 1, ia boleh dipandang tapi tidak relevan untuk berlumba," katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ahli parlimen pembangkang yang menjemput Tun Mahathir ke Parlimen bagi membincangkang isu imuniti ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat.
 
Mahathir pagi Selasa kali pertama menjejakkan kaki semula ke parlimen selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, cuma kali ini sebagai ahli pembangkang untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.
 
Mengiringi beliau adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
 
Bagaimanapun daripada 88 MP pembangkang hanya sekitar 20 orang yang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.
 
Dalam perkembangan lain, Annuar turut memberi reaksi terhadap tindakan ahli parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu berhubung 1 Development Malaysia Berhad (1MDB) di dalam Dewan Rakyat dua minggu lalu, bukan menjadi satu kesalahan.
 
Annuar yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO itu berkata, Ahmad Husni menggunakan platform yang betul sebagai ahli parlimen untuk membangkitkan persoalan tersebut di Dewan Rakyat.
 
"Saya masih berhubung dengan beliau (Ahmad Husni) selepas beliau mempersoalkan isu tersebut di dalam dewan untuk berkongsi pendangan dengannya.
 
"Bagi saya, beliau menggunakan haknya untuk bercakap dalam dewan, beliau bercakap di tempat yang betul dan mengikut peraturan. Kita tidak boleh salahkan beliau dengan begitu mudah," katanya.
 
Menurut Annuar, walaupun ramai yang mempersoalkan perkara yang dibangkitkan Ahmad Husni itu adalah perkara yang pernah dijawab ketika menyandang jawatan sebagai Menteri Kewangan II, beliau ada jawapannya tersendiri.
 
"Saya ada bertanya kepada beliau apa yang dimaksudkan dengan beberapa soalan yang dibangkitkan, beliau jelaskan kepada saya...dan saya faham.
 
"Ahmad Husni hanya ingin mengetahui jawapan dari pihak kerajaan berhubung isu tersebut dari sudut yang baru (bekas menteri)," katanya.
 
Annuar turut menyifatkan ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sebagai seorang yang berdisiplin.
 
"Saya masih hormat dan menyukai keperibadian beliau," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana