Ikut Nasihat Mufti Kelantan Atau Terima Hasutan Dr Mahathir?

Makan dedak, sudah dibeli, buta, bangang dan pelbagai lagi kata nista serta tuduhan liar dihamburkan oleh penyokong pembangkang khususnya pemuja Tun Dr Mahathir Mohamad di media sosial hanya kerana terasa pedas dan terkesan jiwa raga dengan kenyataan dari Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Membaca tiap satu sumpah seranah kata nista mereka terhadap Mufti Kelantan membayangkan seolah-olah kebanyakan mereka sudah kerasukan iblis dan syaitan.1

Apa punca mereka naik minyak sampai tergamak menyumpah seranah seorang Mufti? Semuanya kerana kata-kata nasihat Mufti Kelantan yang menggesa rakyat negara ini tidak termakan dengan hasutan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menjatuhkan kerajaan dan pimpinan negara ini.

“Haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin apatah lagi menghasut rakyat seperti yang diluahkan Muhyiddin dan Tun Mahathir secara terbuka baru-baru ini.

“Sejarah Wali Songo berhadapan dengan kerajaan Majapahit sangat kejam terhadap rakyat di tanah jawa. Para wali sendiri tidak berani menjatuhkan pemimpin (Umaroq). Adakah ilmu kita lebih daripada pengajian wali ini?,” soalnya seperti dipetik dari portal SuaraTV.2

Mufti Kelantan tidak bercakap mengenai pilihan raya umum atau negeri yang membenarkan rakyat memilih pemimpin dan parti yang mereka yakini, tapi kenyataannya itu berkisar pada tindakan menghasut Dr Mahathir dan sekutunya yang mahu menjatuhkan kerajaan dan pemimpin melalui demontrasi jalanan, bantuan media asing, kuasa luar dan lain-lain cara yang di luar dari kebiasaan.

Bagi manusia yang waras, apa yang diperkatakan oleh Mufti Kelantan adalah nasihat yang baik kerana dalam Islam tindakan memberontak atau menjatuhkan kerajaan dan pemimpin Islam memang diharamkan.

Firman Allah Ta’ala dalam ayat 59 surah An-Nisa maksudnya;-

“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”3

Manakala Mufti Perlis, Dr Maza dalam salah satu tulisannya pada 2010 pernah memetik tulisan Al-Imam Al-Nawawi yang berbunyi;-

“Kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40).

Malah apa yang dikatakan oleh Mufti Kelantan itu selari dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang pernah menegaskan adalah jatuh haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam.

Apatah lagi bila tindakan mahu menjatuhkan kerajaan negara Islam itu hendak digantikan pula dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar kepada umat Islam.

Lihat di Mesir, Libya, Iraq, Yaman dan beberapa negara di semenanjung Arab dan Afrika sekarang? Gara-gara nak tumbangkan pemerintah yang mereka dakwa zalim dan diktator hasilnya sekarang hidup mereka lebih derita dari sebelumnya. Perang sana sini, pertelingkahan yang tak bertepian yang jadi mangsa anak kecil, wanita dan orang tua yang tak berdosa.

Semua kerana hasutan dan cucukan jarum halus media asing dan kuasa luar dibantu penyangak politik dalam negeri yang mengapi-apikan kebencian akhirnya api kebencian marak memusnahkan kedamaian dan keamanan. Itu yang mahu dielakkan oleh Mufti Kelantan melalui nasihatnya.

Jadi di mana salahnya kenyataan Mufti Kelantan yang mengingatkan rakyat negara ini khususnya umat Islam supaya tidak termakan dengan hasutan Dr Mahathir nak menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak? Tiada salahnya kenyataan Mufti Kelantan itu melainkan penyokong pembangkang sahaja yang kepanasan dan gelisah tidak berpuas hati kerana hasrat mereka terhalang.

Seperti kita semua sedia maklum, Dr Mahathir dan Muhyiddin sudah pun mempunyai parti sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah disahkan layak menyertai pilihan raya umum atau negeri. Gunalah parti tersebut untuk capai matlamat dalam PRU-14 akan datang. Dua tahun lagi untuk buktikan kemampuan di pentas yang sah, tidak sabarkah atau takut sokongan umum tak seperti diharapkan?

Yang mereka masih sibuk menghasut rakyat tumbangkan kerajaan dan pimpinan negara melalui demontrasi jalanan, guna media asing burukkan negara ini dan panggil kuasa asing seperti DOJ dan negara luar lain campur tangan urusan negara buat apa? Terdesak sebab sokongan umum kurangkah maka tergamak menggunakan segala cara yang tidak sepatutnya?

Apapun sebelum anda mahu menyokong mereka kelak, fikir sejenak, siapakah golongan yang sedang bersama menyokong Dr Mahathir dan PPBM sekarang? Mereka ini termasuklah DAP, PKR, BERSIH, penyokong Seksual Merdeka, geng liberal pluralisme seperti COMANGO, peguam liberal seperti Siti Kasim dan SIS. Adakah mereka ini layak diangkat sebagai pemerintah dan pemimpin? Tepuk dada tanya selera, kalau selera luar tabie sokonglah Dr Mahathir, abaikan nasihat Mufti Kelantan. – MyKMU.Net
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment