Husni Hanadzlah: Meludah Ke Langit Kena Muka Sendiri Juga

1. Perbahasan Dewan Rakyat hari ini dikejutkan oleh tindakan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, bangun bertanya beberapa soalan mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Soalan-soalan beliau bukanlah isu baharu. Ia telah dijawab bukan sahaja oleh 1 Malaysia Development Berhad, malah oleh Husni sendiri ketika menjadi Menteri Kewangan Kedua.

3. Misalnya beliau bertanya apakah tujuan penubuhan 1MDB. Ini merupakan satu pertanyaan sinikal sahaja. Mustahil setelah berada di Kementerian Kewangan selama 8 tahun beliau tidak mengetahui tujuan penubuhan 1MDB. Beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada 2008. Kemudiannya menjadi menjadi Menteri Kewangan Ke 2 mulai 2009 sehingga 2016.

4. Pertanyaan-pertanyaan Husni sebenarnya tidak relevan kerana beliau telah menjadi Menteri Kewangan Kedua selama 7 tahun. Apakah selama ini beliau tidur dan hanya tersedar dari jaga setelah Perdana Menteri mahu memindahkan beliau ke Kementerian lain?

5. Jika dilihat kronologi, Husni begitu tega menyatakan tidak ada apa-apa isu penyelewengan dalam 1MDB. Semasa menjadi Menteri Kewangan Kedua beliau beberapa kali tampil mempertahankan 1MDB hanya mempunyai masalah aliran tunai yang dalam penyusunan semula. Ini jelas dalam ucapan Husni di Parlimen pada Mac 2015.

6. Semasa menjadi Menteri Kewangan ke 2, Husni juga ke hulu ke hilir menjelaskan isu 1MDB. Mengapa tiba-tiba semalam beliau melontarkan pelbagai pertanyaan sinikal yang bertujuan menyemarakkan semula isu-isu 1MDB?

7. Dalam ucapan penuh beliau di Parlimen semalam, beliau menyatakan kekecewaan kerana telah kerana diserang oleh beberapa pihak dalam media sosial. Menurutnya, beliau tidak berkata apa-apa pun semasa mengumumkan undur diri dari kabinet kerana enggan berpindah kementerian tetapi telah diserang oleh beberapa pihak di media sosial.

8. Sebenarnya, ada beberapa kenyataan Husni yang menyebabkan beliau dkritik selepas rombakan kabinet yang lalu. Beliau mungkin terlupa atau tidak perasan. Namun itu bukan soal utama. Kita hanya membuang masa membahaskan apakah wajar atau tidak kritikan ke atas Husni ketika itu. Kita juga hanya membuang masa jika mahu menghalalkan tindakan Husni semalam di Parlimen.

9. Dari keseluruhan ucapan di Parlimen semalam, Husni sebenarnya bertindak dalam keadaan “sour grapes” kerana tidak disambung jawatan di Kementerian Kewangan dan kerana dikritik di media sosial.

10. Jadi soalan-soalan mengenai 1MDB sebenarnya lebih kepada balas dendam Husni kepada orang tertentu yang beliau anggap telah menyerang beliau, bukannya kerana mahu mencari kebenaran atau mendedahkan kebenaran.

11. Jika benar Husni tidak tahu apa yang berlaku, yang bermakna beliau menjadi Menteri Kewangan II dalam bentuk Zombie, mungkin beliau boleh meluangkan masa mendengar sesi Q & A Dengan Arul Kanda ini.

12. Kepada Datuk Seri Husni Hanadzlah usahlah mempertikaikan apa yang berlaku di MOF sepanjang 8 tahun lalu kerana seperti kata pepatah, meludah ke langit kena muka sendiri juga.-MYKMU.NET

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana