Himpunan ‘pesta hura-hura’ berlangsung biasa-biasa saja….

Siapa saja yang pusing keliling ke sekitar himpunan Bersih 5.0 Sabtu pasti dapat membuat kesimpulan sendiri.Ia tidak lebih dari ‘pesta hura-hura’ golongan anti-kerajaan yang nak lepas gian lama tidak turun buat bising di jalanan.

Tinjau punya tinjau tidak ada apa yang  boleh jadi berita besar kecuali keadaan agak mencuri perhatian sikit kerana kumpulan Baju Merah juga turun padang kali ini untuk counter himpunan geng Baju Kuning.

Peserta dua kumpulan itu sudah mula berkumpul seawal jam 9 pagi.

Kecuali dua tiga insiden kecil antara peserta dua kumpulan…kawalan polis di pelbagai lokasi telah berjaya elak sebarang pertembungan antara mereka.

Dataran Merdeka yang menjadi sasaran ‘destinasi impian’ peserta himpunan ibarat kubu yang tidak dapat ditembusi hasil dari kawalan ketat polis.

Paling ketara kali ini jumlah penyertaan himpunan Bersih 5.0 nyata jauh berkurangan.

Mungkin untuk coverline…Datuk Ambiga Sreenevasan pada sebelah tengahari gempak konon 100,000 orang sudah berhimpun menyertai mereka.

Namun kira punya kira di lokasi utama peserta Bersih 5.0 berhimpun termasuk Bangsar sekitar Jalan Travers dan di Jalan Tun Perak sekitar Masjid Jamek ia nyata auta.

Malah ketika itu media pro pembangkang sendiri meletakkan jumlahnya sekitar 14,000 Baju Kuning VS 4,000 Baju Merah.

Kumpulan Baju Merah yang mula berkumpul dekat PWTC dan kemudiannya berarak kemudiannya dibenarkan berhimpun di Padang Merbok.

Dalam usaha untuk menarik penyertaan geng Bersih jenuh pukul canang sebar gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamd mendarat pulang dari lawatan ke Sudan jam 13.30 tengahari dengan memakai t shirt Bersih 5.0.

Pada jam 2.30 petang beliau bersama Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Dataran Maybank, Bangsar untuk menyertai himpuan Bersih 5.0 di situ.

Beliau kemudian menaiki kereta untuk sertai peserta himpunan yang berarak ke KLCC.

Pada waktu sama peserta Baju Merah yang berhimpunan di Padang Merbok mula bersurai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana