Himpunan Bersih…ini amaran dari Ketua Polis Negara

Menjelang himpunan Bersih 5 Sabtu ini dan kemungkinan pertembungan dengan Baju Merah…jangan nanti kata polis tidak bagi amaran awal.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ingatkan jangan nak marah polis jika bertindak keatas sesiapa saja dalam perhimpunan itu yang langgar undang-undang.

Katanya polis sudah bersiap sedia termasuk menghadapi perhimpunan  itu.

Beliau menegaskan ingatan itu tak kira samaada Baju Kuning atau Baju Merah yang langgar undang-undang.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa semua pihak perlu mengikuti undang-undang dan tidak marah dengan kita apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengikut undang-undang, sama ada kuning atau Baju Merah," katanya dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Selasa.

Beliau menjelaskan semua bentuk tindakan yang diambil keatas mereka yang engkar adalah mengikut lunas undang-undang.

Ketua Polis Negara itu jamin jumlah anggota yang mencukupi untuk mengawal keadaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana