Hidung Berdarah, Jamal Dakwa Ditumbuk

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa ditumbuk oleh individu tidak dikenali ketika pergelutan antara kumpulan baju merah dan pihak polis pada Ahad.

Kejadian berlaku ketika Jamal yang juga ketua kumpulan berkenaan mengekori Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempromoasikan perhimpunan Bersih 5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Kumpulan baju merah muncul di luar Ampang Point sekitar pukul 3 petang untuk sekali lagi mengganggu penyokong Bersih apabila Jamal dilihat menolak seorang lelaki yang memakai baju Bersih sebelum polis campur tangan.

Tidak lama selepas itu, kumpulan baju merah dan Jamal meluru masuk ke dalam pusat membeli-belah sebelum pihak polis menyekat mereka.

Pergelutan akhirnya berlaku antara kumpulan Jamal dan anggota polis menyebabkan dua ahli baju merah ditangkap dan Jamal mengalami pendarahan di hidung.

Beliau kemudian mendakwa ditumbuk oleh salah seorang pengikut Zuraida walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

Jamal kemudiannya berikrar bahawa kumpulannya akan bertindak lebih agresif terhadap Bersih berikutan insiden berkenaan.

Jamal kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana