Hanya Untuk KRONI.....Untuk Menjawat Jawatan Dalam PPBM

Secara tiba-tiba, tersiarnya senarai nama mereka yang telah dilantik sebagai pemimpin-pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Agak mengejutkan apabila senarai nama ini dikeluarkan kerana, jika diikutkan peraturan, sesebuah parti harus mengadakan Mesyuarat Agong pemilihan terlebih dahulu sebelum senarai nama seperti ini dikeluarkan.

Menariknya, sejak dari mendapat kelulusan R.O.S, sehingga kini, tiada sebarang notis dikeluarkan oleh PPBM untuk memaklumkan Mesyuarat Agong pertama pemilihan pucuk pimpinan parti. Malah, menerusi senarai nama yang dikeluarkan, kesemua mereka adalah pemimpin lantikan namun tidak diketahui siapa yang melantiknya. Adakah ahli PPBM atau Presidennya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mudah untuk dirumuskan bahawa, sejak parti ini sah diluluskan, lebih sebulan yang lalu, tiada siapa pun wakil dari parti ini mengumumkan jumlah sebenar ahli PPBM. Pelbagai angka dimainkan namun sehingga kini, tiada siapa yang tahu jumlah sebenar ahli bersandarkan kepada bukti yang jelas.

Justeru, sebaik sahaja senarai nama ini dikeluarkan, timbul persoalan, bilakah parti bunga ini mngadakan pemilihan partinya? Bilakah tarikh Mesyuarat Agong tahunan parti ini? Adakah mereka hanya membuat laporan palsu minit mesyuarat dan diserahkan kepada R.O.S sebagai bukti mereka telah mengikut prosidur R.O.S?

Mengikut senarai yang dikeluarkan, Tun Dr Mahathir dilantik secara tetap sebagai Pengerusi parti dimana Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PPBM. Menariknya, kesemua mereka yang menguasai PPBM terdiri daripada mereka yang pernah menjawat jawatan dalam UMNO namun bertindak meninggalkan parti setelah kecewa untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan peribadi.

Lebih menarik, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman turut dilantik sebagai Naib Presiden parti bersama-sama Datuk Hamidah Osman dan Datuk Abdul Rashid Asari. Ketua Srikandi pula adalah Anina Saaduddin manakala seperti yang dijangkakan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Armada PPBM.

Inilah senarai kepimpinan parti yang turut menampilkan bekas Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin sebagai salah seorang pemimpin PPBM. Cuma persoalannya, mampukah kepimpinan parti ini kekal relevan kerana memandangkan parti ini sendiri sedang berhadapan dengan pergolakan dalaman dan dipimpin oleh mereka yang sudah melepasi zaman kegemilangan mereka?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana