Hanya medan bincang jatuhkan Najib bukan perjuang kebajikan rakyat

Konvensyen pertama PH pada Sabtu miskin idea selepas sekadar membincangkan agenda untuk jatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan soal kebajikan rakyat.
Bagaimanapun tanpa bincang soal rakyat ataupun pengundi pembangkang tetap percaya boleh menang pilihanraya dan itulah angan-angan pakatan pembangkang dengan ketua baru mereka Tun Mahathir Mohamad.
Sebab itu tidak pelik pembangkang kalah dengan lebih hebat selepas Mahathir menyokong mereka... pilihanraya negeri Sarawak, pilihanraya kecil SUngai Besar dan Kuala Kangsar adalah contohnya.
BN menang lebih besar dalam semua pilihanraya itu kerana agenda BN lebih jelas daripada sekarang hasrat seorang tua berusia 91 tahun yang cemburu dengan kejayaan PM selepasnya.
Konvensyen pertama kali itu berlangsung Sabtu untuk menentukan hala tuju ketika pembangkang masih belum bersatu.
Selepas konvensyen itu berakhir, arah tuju pembangkang nampaknya masih belum jelas sebaliknya isyarat yang beragam dapat dilihat.
Misalnya kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad yang menyatakan parti itu komited menyertai pakatan pembangkang bersama DAP, PKR dan PAN.
Namun Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mereka perlukan lebih masa sebelum memuktamadkan penyertaan gagasan berkenaan.
Penundaan itu memang dijangka selepas  media melaporkan Muhyiddin mungkin sedang berusaha mendapatkan kerjasama PAS sebelum PPBM menandatangani persefahaman dengan pembangkang.
Muhyiddin mengesahkan beliau sedang berunding dengan PAS namun menafikan ia adalah punca PPBM menunda menurunkan tandatangan menyertai PH.
Mahathir dalam ucapannya tidak begitu diplomatik dengan mendakwa pihak yang berseteru dengan PH mungkin sudah mengambil "dedak" serta menyokong Najib.
Pada ketika lain Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub mencadangkan gabungan itu menamakan calon perdana menteri sementara tetapi Dr Mahathir berpendapat sekarang bukan masa sesuai untuk itu.
Justeru dalam perkembangan itu beberapa pemimpin BN melihat ia adalah bukti mengapa pembangkang tidak wajar diberi peluang menang dalam pilihan raya.
Sementara itu Bendarai MIC S Vell Paari turut menyentuh kegagalan PH menamakan calon perdana menteri mereka.
Katanya, ia juga langkah mengundur kerana Mahathir yang sebelum ini menamakan Muhyiddin sebagai calonnya.
PH kata Vell Paari mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
"Mereka tak boleh membuat keputusan mengenai siapa yang akan mengetuai mereka menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Mereka boleh saja mencadangkan Mahathir sebagai pemimpin untuk PH dan memberitahu rakyat beliau adalah calon perdana menteri jika memenangi pilihan raya akan datang," katanya.
Akhirnya kata Vell Paari, konvenyen tersebut lebih kepada perbincangan untuk menurunkan Najib berbanding memperjuangkan kebajikan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana