Hanya Islam layak pimpin manusia... - Hashim Jasin
PAS mengingatkan pakatan pembangkang bahawa hanya Islam layak memimpin umat manusia ke arah perpaduan.
Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, hanya Islam mengiktiraf kepelbagaian manusia sebagai punca perpaduan dan kasih sayang.
“Islam tidak membawa agenda kaum, bangsa dan puak. Islam hanya membawa agenda ketaatan kepada Allah.
“Islam tidak mempedulikan dari bangsa apa kita dilahirkan atau di negeri mana darah kita ditumpahkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Hashim memberi contoh Islam pernah berkembang dari Transoxania di Asia Tengah hingga ke Andalusia di barat Eropah.
Menurutnya, berbagai bangsa dan budaya bersatu di bawah Islam dan orang bukan Islam menumpang tuahnya.
“Sehingga kini, dunia mengakui bahawa zaman Islam itulah “The Golden Ages” zaman keemasan bagi kemanusiaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata parti itu akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.
Menurutnya sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.
Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian PAS mengangkat formula mendepani PRU akan datang.
“Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan PAS,” ujarnya dalam kenyataan.
Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.
Menurutnya, PAS bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.
“Pengalaman luas dan lama PAS di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.
"Namun Pas tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba,” tegasnya.
Katanya, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar menjadi cermin kepada corak keterbukaan versi PAS.
Bagaimanapun, katanya, keterbukaan PAS tidak sampai menerima masuk sampah sarap hingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Menurutnya, PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya sebagaimana mereka tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati maruahnya.

Comments