Guan Eng digasak ADUN PKR mengenai terowong dasar laut

Wakil rakyat PKR mempertikaikan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang bagi pelaksanaan projek terowong dasar laut.

Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) berkata, wujud jawapan bercanggah pada halaman berbeza mengenai perkara tertentu yang dinyatakan dalam laporan PAC negeri.

Sehubungan itu, katanya, pakar yang menyediakan laporan itu diminta memperincikan status bayaran RM305 juta yang digunakan kerajaan negeri ketika menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu.

"Bagaimana status bayaran kajian itu, sama ada dalam bentuk pampasan tanah, konsensus atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang digunakan bagi tujuan EIA, sekiranya Kerajaan Pusat menolak projek terowong ini? "Adakah semua bayaran ini akan dikembalikan kepada kerajaan negeri" katanya ketika membahaskan Bajet Pulau Pinang 2017 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Selasa.

Tee Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) turut membangkitkan isu pampasan tanah oleh kerajaan negeri bagi membiayai EIA projek berkenaan.

Selain itu, Yee Cheu turut mempersoalkan  status projek pembangunan di tanah diberi sebagai pampasan bagi EIA projek terowong itu di Tanjung Pinang, di sini. "Bagaimana dengan pembangunan di atas tanah itu sekiranya projek terowong laut tidak diluluskan Kerajaan Pusat," katanya.

Sementara itu, beberapa ADUN BN mengambil tindakan keluar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas Speaker Datuk Law Choo Kiang mengusir Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal).

Law mengarahkan Roslan untuk meninggalkan Dewan tersebut apabila beliau enggan duduk selepas tercetus perang mulut antaranya dengan dan beberapa ADUN Pakatan.

Ia berlaku semasa pembentangan resolusi mengutuk penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Maria ditahan sehari sebelum berlangsungnya himpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu dan kini ditahan untuk tempoh selama 28 hari.

Pertelagahan itu tercetus apabila Roslan memberitahu Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya), yang ketika itu sedang berbahas agar tidak lupa bahawa bapanya adalah ahli UMNO.

Afif yang terkilan dengan kata-kata Roslan menuntut beliau menarik balik kenyataannya itu dan memberitahu agar 'tidak mengheret bapa saya' ke dalam perkara ini.

Bahang pertelagahan semakin memuncak dengan para ADUN dari kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain selepas RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) berdiri menyokong Afif dan menuntut Roslan menarik balik kenyataannya.

Roslan enggan berbuat demikian, sebaliknya, sentiasa mengingatkan Afif agar tidak melupakan asal-usulnya.

Pada ketika itu, Law meminta semua ADUN agar berhenti menjerit dan kembali duduk di tempat masing-masing. Namun, perang mulut antara keduanya tetap berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana