Giliran kumpulan baju 'Oren' bantah BERSIH 5





PETALING JAYA: BERSIH atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil bertanggungjawab atas wujudnya kumpulan Baju Merah yang semakin kerap mencetuskan suasana tegang akhir-akhir ini.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), Datuk R.S. Thanenthiran berkata BERSIH bukan sahaja mencetuskan huru-hara setiap kali menganjurkan himpunan jalanan di ibu kota tetapi menjadi punca mengapa Baju Merah sering melakukan provokasi dan bertindak liar.

“Mereka (BERSIH) kini menjadi boneka yang dikawal oleh pihak pembangkang.

“BERSIH 5 berbeza berbanding BERSIH 1, 2 and 3 sebelum ini. Mereka telah dipergunakan (untuk tujuan politik),” katanya di sidang media, pada Rabu.

Thanenthiran berkata Makkal Sakti tidak menyokong sikap agresif Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos dan jauh sekali mendokong agenda BERSIH.

Puluhan ahli Makkal Sakti hari ini bertindak memakai 'Baju Oren' sebagai membantah tindakan BERSIH yang berdegil untuk menjayakan himpunan BERSIH 5, di ibu kota Sabtu ini.

Kumpulan itu berarak ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan terhadap BERSIH di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, pagi ini.

“Kami berharap agar polis akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Sabtu ini, BERSIH 5 dijangka berkumpul di enam lokasi seperti Dataran Maybank Jalan Tun Perak; Dataran Maybank Jalan Maarof, Bangsa; Jalan Sultan; Dataran DBKL; SOGO dan KL Sentral.

Sementara Gerakan Baju Merah akan berkumpul di Masjid Jamek; Masjid Negara; PWTC; SOGO; Cahaya Suria (Depan Dataran Maybank; Maybank Bangsar dan Padang Merbok.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana