Geng Meroyan Menghantar memorendum Kepada Polis...Maria Chin Wajib Masuk Lokap Lah

IPOH: Sekumpulan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menggesa kerajaan untuk membebaskan pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum kepada polis Perak untuk dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi menggesa pihak berkuasa membebaskan Maria.
Timbalan ketua Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) Perak, Mohd Ridzuan Azit menyifatkan penahanan Maria sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.
"Beliau bukan penganas. Beliau hanya mampu mempertahankan demokrasi Parlimen negara kita," katanya.
Beliau turut mengulangi kenyataan Setiausaha Pemuda PKR, Chan Lih Kang bahawa kerajaan memungkiri janji tentang penggunaan akta tersebut untuk pengganas dan mereka yang mengancam keselamatan negara.
"Kami mendesak kerajaan agar membebaskan beliau (Maria)," tambah Chang.
Sambil menyamakan Sosma sebagai akta yang kejam, ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, penahanan Maria merupakan tindakan yang tidak adil.
"Sosma untuk pengganas atau pihak yang mahu menjatuhkan negara menggunakan senjata.
"Usaha untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dan adil bukan keganasan atau menghancurkan negara.
"Jika beliau melakukan kesalahan, maka dakwanya di mahkamah dan bukannya menggunakan Sosma.
"Beliau tidak mempunyai peluang untuk mempertahankan diri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana