Gambar 'Demo baldi' permulaan kepada kebangkitan rakyat Selangor tolak PKR

Bosan dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani krisis air yang menjejaslan 1.6 juta penduduk negeri ini, satu demontrasi aman diadakan di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pagi Selasa.

Demontrasi yang dikenali sebagai #demobaldi itu melibatkan penyertaan orang ramai yang diselaraskan oleh Pemuda Barisan Nasional Selangor.

Kira-kira 1,500 orang berarak sambil membawa baldi dari Dataran Shah Alam ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan segera masalah air di negeri ini.

Perarakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat itu bermula kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka bertindak sedemikian selepas Azmin dilihat masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri ini sehingga menyebabkan rakyat merana.

Katanya, masalah air berlarutan sehingga mengganggu sambutan Deepavali penganut Hindu di negeri itu, minggu lalu.

“Kita tidak mahu masalah air yang berlaku ketika ini berulang kepada kaum lain yang akan menyambut perayaan mereka nanti.

“Kita mahu Azmin mempercepatkan proses menyelesaikan masalah air dan jangan bersandiwara dengan masalah air yang semakin kritikal,” katanya.

Zainuri turut meminta polis menyiasat dakwaan Azmin kononnya BN dan UMNO cuba mensabotaj kerajaan negeri melalui bekalan air di Selangor .

“Kita desak polis turut menyiasat apa yang diperkatakan Azmin, selagi dia tidak membuktikan ia dilakukan UMNO dan BN. Ini satu unsur ke arah menyalahkan parti (BN/Umno),” katanya

Kumpulan yang berarak daripada Dataran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) seawal jam 11 pagi itu turut membawa baldi kosong sebagai simbol kegawatan di negeri Selangor.

Menurut Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mereka berkumpul kerana tidak tahan dengan masalah air.

Beliau juga menuduh pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak adil.

“Kita hadir hari ini bukan kebangkitan orang Melayu, Cina atau India tetapi sebagai rakyat Selangor, mahu keadilan bukan parti keadilan.

“Azmin tidak adil kepada rakyat Selangor. Kita tidak mahu pegawai daripada cicak mengkarung ini. Kita mahu Azmin dan pegawai PKR datang sini.

“Kita tidak larat mandi dan tengok rakyat Selangor dalam kesusahan. Azmin cicak mengkarung,” katanya.

Beberapa bahagian di Selangor mengalami masalah bekalan air susulan kejadian pencemaran.

Empangan di Semenyih ditutup tiga kali tahun ini, mengakibatkan beberapa kawasan seperti Hulu Klang, Semenyih dan Serdang mengalami masalah air.

Agendadaily difahamkan #demobaldi ini hanyalah permulaan kepada beberapa siri demontrasi yang lebih besar selepas ini.

Selepas ini akan ada demo "Bersih Air" yang akan diadakan dengan mobilisasi yang lebih besar daripada #demobaldi.

Sementara itu, di lobi Parlimen, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang pencemaran di Sungai Buah, Semenyih baru-baru ini.

Ujarnya, siasatan perlu dibuat secara telus agar nama UMNO dan BN dapat dibersihkan selepas dituduh oleh Azmin sebelum ini.

“Kita minta penyiasatan secara terus mestilah dibuat dan kalau pada dasarnya kerajaan negeri kena lebih bertanggungjawab kerana kuasa jaga sungai ini semua melibatkan kuasa kerajaan negeri.

“Jadi kerajaan negeri jangan nak tuding jari kepada orang lain. Bagi saya apa pun penyiasatan harus dibuat,” katanya.

Hujung bulan lalu, pengguna di empat kawasan menghadapi gangguan bekalan air akibat penutupan LRA Sungai Semenyih berikutan pencemaran dipercayai berlaku di Sungai Lalang, antara sungai yang mengalir ke Sungai Semenyih.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini sedang menyiasat isu pencemaran tersebut namun di peringkat awal mendapati bahawa tiada unsur sabotaj yang berlaku sehingga mengakibatkan pencemaran sungai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana