“Free Anwar : Mahathir Free” Anda Nilaikan Sendiri Perangai Madey Ini.

“Saya mungkin telah melakukan kesilapan, tetapi menyingkirkan Anwar bukanlah satu daripadanya”

Begitulah ungkapan yang pernah dilafazkan oleh Dr Mahathir, berhubung tindakannya ke atas Timbalannya sewaktu bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Dengan nada yang tegas, dia terus mempertahankan tindakannya atas faktor “kebenaran” dan yang terbaik untuk negara seperti yg ditulisnya sendiri di dalam buku A Doctor In The House.

Kini, segalanya tampak 360° berpusing. Begitu tinggi amarahnya terhadap pimpinan negara, sehingga sanggup “menjilat kembali ludahnya”.

Sedar atau tidak, apa yang sedang dilakukannya sangat kontradik, sekaligus membuktikan  bahawa perbuatan tersebut bukanlah yang terbaik untuk negara. Sedang dirinya sering dipuji melangit oleh individu seperti Sanusi Joned sebagai seorang negarawan, mengapakah kini Mahathir sudah tidak lagi meletakkan perkara terbaik (menyingkirkan Anwar) demi negara?

Jika tidak lagi meletakkan kepentingan negara sebagai nombor wahid, apakah motif dan motivasi untuk seorang “negarawan” bertindak sedemikian?

Betapa kasihan mengenangkan ahli-ahli UMNO tatkala percaya kata-kata Mahathir ke atas Anwar. Selama berpuluh tahun, kini mereka terpaksa menghidu betapa “hancengnya” permainan politik Mahathir.

Berpuluh tahun ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang negara (Anwar dibicarakan dan didapati bersalah oleh mahkamah) atas hujah Mahathir, kini apa sudah jadi?

Mungkin pada pakatun, Free Anwar adalah medan terbaik untuk mencipta solidariti.

Namun, adalah lebih bermanfaat jika semua rakyat Malaysia bersolidariti dengan tema “Mahathir-Free” (tiada Mahathir).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana