Fitnah PM: MIC buat laporan polis terhadap TKM 11 P.Pinang

Satu laporan polis telah dibuat oleh MIC Bahagian Batu Kawan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr  P. Ramasamy kerana didakwa telah memfitnah Perdana Menteri dengan mengambil wang rakyat sebanyak RM2.6 billion.

Pengerusinya, S. Ramalingam berkata, Ramasamy telah melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali DUN Prai pada 12 November lalu.

"Segala bukti tentang perkara ini telah saya serahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera dan terperinci terhadap Ramasamy dibawah Akta Hasutan 1948 dan undang-undang berkaitan yang lain," katanya ketika ditemui pemberita.

Tambahnya, pada majljs tersebut Ramasamy jelas telah menghasut rakyat dengan melakukan satu fitnah supaya rakyat benci dan marah terhadap kepimpinan Najib serta kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana