Dulu Abang Acoy kini Ustaz Syamsul Debat...

Dalam masa tiga bulan saja, namanya meletup meletup. Bagaikan goreng pisang panas, laku dan laris di pasaran. Ia sesuatu yang tidak dijangka, mendadak dengan tiba tiba.

Itulah yang berlaku kepada Syamsul Amri bin Haji Ismail yang kini sudah menjadi jenama popular dengan hanya panggilan Syamsul Debat.Dari orang biasa biasa yang memberi ceramah di surau, kini namanya sebaris nama nama besar yang sudah lama terkenal.

Semuanya bermula ketika bulan Ramadhan lalu, apabila TV Hijrah memperkenalkan beliau dalam slot slot ceramah yang disiarkan sepanjang malam serentak suaiaramn 24 jam stesen AlHijrah.

Seperti tagline TV Hijrah, Segalanya Bermula Di Sini, begitu juga dengan kehidupan Syamsul Debat yang berubah 360 darjah dalam tempoh waktu yang singkat.

"Saya sendiri merasakan perubahan itu. Bayangkan sepanjang tempoh bulan bulan puasa lepas, saya hanya ada masa dua hari saja berbuka dengan keluarga. Sedih, memang sedih, tetapi apakan daya. Saya sudah jadi hak masyarakat," katanya ketika ditemui pada pelancaran rancangan terbarunya, Sejuta Rahsia, di Kuala Lumpur Convention Centre, bakal siaran melalui TV Hijrah untuk tahun 2017.

Saya melihat susuk yang sama pada  personaliti TV Hijrah yang hebat ini. Sebagaimana anda melihatnya bercakap dan berserloroh dalam loghat Negeri Sembilan di kaca televisyen, begitulah juga di luar. Santai, kelakar dan sangat simple orangnya.

"Saya ini, memang macam nilah., Apa yang orang nampak di televisyen itulah saya. Kadang kadang ada orang dia nak jadi orag lain,macam mano dalam tivi, macam tu lah di lar. I am what I am," ujarnya.

Loghat Negeri Sembilan itu dengan cara yang "selambo" itulah kekuatan yag membezakan Syamsul dengan penceramah lain. Cara dia yang sangat selamba disukai orang ramai, baik dewasa mahupun remaja.  Katanya, apa yang utama ialah menjadi diri sendiri bila ke depan, bukan cuba untuk menjadi orang lain.

Orang Negeri Sembilan sememangnya boleg berbangga dengan anak jati Kampung Ayer Dedali, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan ini yang baru berusia 38 tahun. Menariknya tentang Syamsul adalah latar belakangnya yang jauh berbeza dengan personaliti dakwah yang lain. Dia tidak punya latar belakang sdari sekolah agama, bahkan dia adalah pemegang Diploma dalam Public Administration UITM pada 1999 dan kemudian beroleh Ijazah Sarjana pada 2004.

Pada ketika menjadi pelajar itulah dia memupuk bakatnya dalam berdebat. Bakat berdebat di asah sejak berada di pusat pengajian tinggi itu dan seringkali menjuarai pertandingan debat, biar apapun tajuknya - politik, ekonomi, sosial mahupun hiburan.

Selain banyak membaca dan mengikuti perkembangan semasa membolehkan dia menjadi pendebat terbaik, ianya juga merupakan bakat yang diwarisi daripada arwah bapanya.Ujarnya, arwah bapanya juga disenangi ramai kerana seorang yang suka membuat kelakar.

Walaupun baru dikenali sebagai penceramah TV Hijrah, namun dia mula melagkah sebagai penceramah dan pakar motivasi sejak tahun 2005 lagi apabila sering diundang untuk sesi team building syarikat syarikat. Paling jauh katanya, dia sudah sampai ke Sabah dan Sarawak.

Menyifatkan semua yang diperolehinya adalah disebabkan dengan izin Allah dan atas usaha yang tidak pernah kenal penat untuk membaiki diri. Syamsul yang setakat ini menyatakan masih mengurus sendiri semua undangan, menerima hakikat bahawa dia tidak lagi memp[unya kebebasan waktu untuk bersama keluarga seperti dulu.

"Tapi saya masih anggap diri saya orang biasa. Saya masih orang kampung yang selalu balik kampung Batu Kikir kerana emak saya masih ada. Bukan itu saja idea untuk saya bercakap pun sebenarnya banyak dapat dari kehidupan saya di kampung.

"Sebab itu, setiap minggu bila saya tidak ada program, saya mesti balik kampung," tambahnya.

Di kalangan keluarga Syamsul adalah "Abang Acoy" . Acoy adalah nama manja sejak kecil dan bagi kaum keluarga, bila ada kenduri kendara, ada Abang Acoy akan memeriahkan lagi suasana.

"Sebab, saya ni suka bercerita, bila saya ada riuh rendahlah jadinya," ceritanya.

Setakat ini, dia memiliki facebook, iaitu Syamsul Amri Ismail Official dan instagram, Syamsul Debat.Dia juga secara rasmi telah membuat penjelasan dalam status facebook mengenai akaun akau yang bukan miliknya, tapi menggunakan namanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana