Drama Guan Eng jalan terus…namakan Chow Kon Yeow sebagai penganti Ketua Menteri

Satu dunia tahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kini sedang berdepan kes mahkamah atas dakwaan rasuah libatkan pembelian banglonya yang bawah harga pasaran dan salahguna kuasa kerana tanah.

Sekalipun kesnya belum dibicarakan lagi drama untuk raih simpati Setiausaha Agung DAP itu jalan terus.

Kesnya hampir sama dengan yang telah dihadapi oleh bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo.

Soalnya kalau bekas pemimpin UMNO itu kena hukum penjara setahun,apa istimewanya orang kuat DAP ini.

Drama Guan Eng bergema di Konvensyen DAP Pulau Pinang Ahad bila mana beliau secara rasmi umum minta ahli parti sokong Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow sebagai bakal penggantinya untuk jawatan Ketua Menteri.

Tanpa menyebut kes rasuah dan salahguna kuasanya,Guan Eng cuba letak persepsi buruk kepada BN dalam usaha untuk main sentimen.

Beliau guna istilah ‘sekiranya Barisan Nasional berjaya dalam serangan terhadapanya’.

Dalam bahasa mudah kita boleh andaikan beliau seolah nak dakwa kes mahkamahnya adalah reka cipta BN untuk jatuhkannya.

“Saya meminta konvesnyen,ahli dan pemimpin supaya merestui cadangan saya bahawa Chow ambilalih saya sebagai Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional berjaya dalam serangan terhadap saya.

“Kita akan pertahan DAP dan Pulau Pinang dari Barisan Nasional sebagai satu pasukan,satu semangat dan satu parti,”katanya di konvensyen yang berlangsung di Hotel Vistana Bukiot Jambul.
Chow yang kini Exco Kerajaan Negeri adalah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Padang Kota.

Guan Eng didakwa di mahkamah di Pulau Pinang pada 30 Jun lalu kerana kes belian banglonya di Jalan Pinhorn dan keputusan zon zemula tanah pertanian kepada perumahan.

Kes tersebut akan disebut buat kali kedua pada 6 Disember ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana