Donald Trump lantik ahli keluarga untuk bentuk pentadbirannya di AS

WASHINGTON: Donald Trump telah menugaskan naib presiden Mike Pence, untuk mengetuai pasukan peralihan presiden pada hari Jumaat, dalam satu rombakan yang turut menyaksikan pelantikan tiga orang anaknya dalam kumpulan itu yang akan membentuk pentadbirannya.

Pence menggantikan Gabenor New Jersey, Chris Christie, yang telah mengetuai pasukan yang ditugaskan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Trump meminta pasukan itu menghimpunkan "kumpulan berkelayakan tinggi tinggi dari kalangan pemimpin yang berjaya yang akan dapat melaksanakan agenda perubahan di Washington," kata satu kenyataan, tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai rombakan itu.

Reputasi Christie telah terjejas oleh skandal politik New Jersey yang berlarutan yang dikenali sebagai "Bridgegate," walaupun beliau tidak pernah didakwa atas sebarang salahlaku.

Beliau kekal dalam pasukan itu sebagai naib pengerusi bersama-sama dengan penasihat yang lain, termasuk Ben Carson, bekas speaker Dewan Newt Gingrich dan bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani - yang semuanya telah disebut-sebut dalam media sebagai berpotensi memang jawatan kabinet.

Manakala anak-anak Trump, Ivanka, Donald Jr dan Eric, menantu Jared Kushner, pengasas PayPal Peter Thiel dan pengerusi Jawatankuasa nasional Republikan Reince Priebus, juga akan menasihati Trump.

Trump akan mengangkat sumpah pada 20 Januari apabila Presiden Barack Obama melengkapkan tempoh penggal keduanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana