Dari setinggan ke banglo mewah... Siasat kekayaan segera Ketua AMK Ampang

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat segera kekayaan luar biasa yang didakwa dimiliki oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly.

Kini di media sosial berbagai pendedahan mengenai kekayaan Adam dibuat berdasarkan siasatan orang ramai di internet.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata, bagaimana dalam usia yang begitu muda iaitu 28 tahun, Adam mampu memiliki sebuah banglo mewah di Ampang yang dianggarkan bernilai antara RM3 juta dan RM4 juta sedangkan sebelum terlibat dalam kancah politik pernah menetap di kawasan setinggan Kampung Pinggir Lembah Jaya.

Tegasnya, berdasarkan laporan portal Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adam bukan sahaja memiliki banglo mewah berkenaan tetapi turut mempunyai beberapa buah rumah di tempat lain.

Katanya, UMNO Ampang juga mempersoal sama ada Adam yang merupakan Pembantu Khas kepada Zuraida itu membayar cukai dan menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Kita tak kisah dia kaya dan apa yang dia nak beli, tetapi macam mana tiba-tiba boleh menjadi kaya sehingga mampu membuat rumah besar. Dari mana datangnya duit? Kita buat laporan kepada SPRM hari ini dan minta siasat dari mana dia mendapat wang,” katanya ketika ditemui di hadapan rumah Adam di Ampang dekat sini hari ini.

Sebelum itu, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos membawa enam anggota media menaiki helikopter bagi melihat rumah banglo mewah Adam dari udara kira-kira 30 minit.

Jamal turut mendesak Adam untuk tampil memberi penjelas­an berhubung perkara tersebut.

Katanya, jika Adam gagal berbuat demikian satu laporan polis akan dibuat berhubung kekayaan luar biasa Ketua AMK tersebut.

Dalam pada itu, Adam menerusi mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada sebuah akhbar tempatan memberitahu, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara tersebut.

Sementara itu, tinjauan dari akaun Instagram beliau, Adam menyiarkan gambar rumah banglo yang baru diubahsuai di Putrajaya, pada September tahun lepas.

"Alhamdulillah. Kerja-kerja pengubahsuaian untuk rumah baru saya selesai. #ThnksAllah, "tulisnya.

Mengulas mengenai gambar banglo dua tingkat, Adam berkata "rumah kedua beliau terletak di Putrajaya. Beliau juga berkongsi gambar ruang tamu banglo ini yang dipaparkan perabot moden dan sofa berbentuk L yang besar.

Adam, yang dilaporkan 28, turut berkongsi beberapa gambar kereta mewah dan sebuah motosikal berprestasi tinggi KTM 200 Duke.

Akaun Instagram beliau dipaparkan foto sebuah kereta Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper dan Range Rover Evoque.

Akaun Instagram dan Twitter juga menunjukkan dia menghadiri acara-acara sebagai Ketua Pemuda Ampang parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana