DAP yakin dapat perintah Malaysia dengan peralat Melayu

Orang Melayu perlu sedar perhimpunan haram Bersih 5.0 yang berlangsung kelmarin adalah strategi DAP untuk melaga-lagakan sesama bangsa itu demi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu sebagai penggerak perhimpunan berkenaan hanya mengawal di belakang tabir dan membiarkan pemimpin-pemimpin Melayu di bawah telunjuknya berada di hadapan.

Beliau menjelaskan, setelah undi orang Cina sudah ditawan, DAP yakin mereka akhirnya berjaya memerintah Melayu dengan memperalatkan bangsa itu sendiri.

“Akhirnya kekuatan politik Melayu yang mereka cuba lawan sejak zaman komunis Bintang Tiga dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew akhirnya bakal tercapai, (termasuk matlamat mereka) yang tidak tercapai pada tahun 1969,” katanya dalam kenyataan.

Walau bagaimanapun, Annuar berkata, perhimpunan tersebut membuktikan kegagalan apabila penganjur menjangkakan kebangkitan rakyat besar-besaran tetapi tidak tercapai.

Kata beliau, penganjur juga turut mengharapkan berlaku keganasan polis dalam mengawal peserta perhimpunan, namun pasukan pihak berkuasa bijak mengawal keadaan tanpa keganasan.

“Mereka turut mengharapkan keganasan kumpulan Baju Merah juga tidak berlaku. Mereka mengharapkan jutaan rakyat keluar, tidak berlaku. Mereka rancang tawan Padang Merdeka dari empat penjuru juga tidak berlaku. Malaysia membiarkan mereka berhimpun dengan objektif himpunan tak sampai ke mana.

“Dengan berakhirnya Bersih 5.0, Barisan Nasional (BN) dapat untung terbesar. BN kini boleh menyukat kekuatan empat parti pembangkang diketuai DAP telah terkantoi,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, perhimpunan kali ini perlu disyukuri kerana penyertaannya semakin mengecil walaupun disokong parti baharu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ternyata tanpa sokongan PAS, orang Melayu tidak terpengaruh.

“Bersih yang pada asalnya adalah pertubuhan bebas tetapi kini sudah diambil alih oleh empat parti politik pembangkang dan bertukar menjadi perhimpunan parti diketuai DAP,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana