DAP khianat, berhutang maaf dengan masyarakat Cina

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan DAP masih ‘berhutang’ maaf dengan komuniti Cina di negara ini apabila telah mengkhianati kepercayaan mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Tiong Lai berkata DAP semasa dalam Pakatan Rakyat (PR) menyuruh pengundi Cina menyokong PAS yang membantu mereka dalam meraih kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, bagaimanapun kepercayaan itu dikhianati selepas PAS mencadangkan hukum hudud (Akta 355) di Parlimen.
“Apa yang dilakukan oleh DAP dan PAS hanyalah sandiwara semata-mata. Ini terbukti dengan bilangan kerusi yang mereka perolehi selepas bergabung.
“Selepas itu PAS mecadangkan hukum hudud (Akta 355) di Parlimen menujukkan PAS berpaling tadah kepada DAP, ianya jelas DAP terus menghampakan komuniti Cina dan kita perlu dedahkan sikap hipokrit mereka ini.
“DAP berhutang maaf dengan masyarakat Cina DAP kerana mengkhiatnati sokongan kaum Cina,” kata Tiong Lai.
mca-perhimpunan-agung-04Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke 63 di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Ahad.
Menurut Tiong Lai, sepanjang Pilihan Raya DUN Selangor, PAS tidak pernah memenangi walaupun satu kerusi bagi enam pilhan raya (1978, 1982, 1986, 1990, 1995 dan 2004) tetapi sebaliknya mendapat sokongan selepas DAP bersama PAS.
Namun selepas 2008, PAS telah berjaya mendapat lapan kerusi, hasil sokongan kuat DAP.
Malah lebih teruk lagi pada tahun 2013, PAS berjaya menambah lebih satu kerusi lagi menjadi 15 kerusi.
Justeru , masyarakat Cina perlu menilai bahawa MCA adalah lebih konsisten dan ikhlas dalam memperjuangkan kehendak dan keperluan masyarakat kaum itu dalam negara ini.
“MCA tidak akan menyokong malah membantah sekeras-kerasnya bil persendirian yang telah diusul oleh Hadi. Kami menentang sepenuhnya, tanpa soalan dan tanpa berbelah bahagi, kerana ia adalah bercanggah dengan tatacara perlembagaan,” katanya.
mca-perhimpunan-agung-02Sementara itu, MCA mengakui kedudukan parti itu lemah dan gagal dalam meraih undi pada PRU13 lalu.
Meskipun kecundang, Tiong Lai berkata MCA terus bangkit dengan bersemangat berjuang dan berdedikasi kepada rakyat.
“Kita tidak pernah berhenti menyelesaikan masalah-masalah harian masyarakat dan MCA telah memberi respons dan tumpuan yang sama, seperti sejak 67 tahun yang lalu.
“Walaupun selepas kekecewaan yang dialami dalam PRU-13, semangat ini tidak pernah pudar dan tidak pernah sama sekali menjejaskan komitmen kita kepada masyarakat Malaysia. Hari ini, MCA lebih bersatu padu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana