DAP arah PAS sertai Bersih 5 tanpa syarat sebelum rujuk Pakatan

DAP mengarahkan PAS menyertai perhimpunan BERSIH 5.0 19 November ini tanpa sebarang syarat sebagai langkah permulaan untuk bersama pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming, berkata sebarang alasan untuk PAS tidak menyertai Bersih 5.0 boleh dianggap parti itu sebagai ingin bersekongkol dengan UMNO dan melalui tindakan berkenaan, rakyat akan mengetahui agenda sebenar PAS.

"Jika PAS ikhlas ingin bersama pembangkang dan bukan untuk menyelamatkan UMNO-BN, maka sebagai langkah permulaan adalah wajar semua kepemimpinan PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada BERSIH 5.0 serta menyertai perhimpunan aman ini tanpa sebarang syarat.

"Jika PAS membuat keputusan tidak menyokong perhimpunan itu, kegagalan PAS bersama BERSIH akan memperlihatkan parti itu sudah menjauhkan diri daripada matlamat deklarasi rakyat dan pakatan pembangkang harus terus mara ke depan tanpa PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Taiping berkata, semua parti pembangkang termasuk PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah bersetuju menyertai perhimpunan itu sebagai usaha menyatakan pendirian menuntut pilihan raya adil, bebas serta bersih dan menolak rasuah.

Beliau berkata, parti komponen BN turut dipelawa menyertai perhimpunan itu tetapi pelawaan itu sudah ditolak mereka.

Daripada bersengkokol dengan party DAPigs yang terang-terang anti Melayu Islam, LGBT, dan satu parti baru yang ditubuhkan mereka orang kecewa 100 kali lagi baik berkerjasama dengan UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana