Dana Soros tidak sihat untuk negara

KOTA BHARU:  PAS menyifatkan suntikan dana daripada daripada hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros kepada pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 5 sebagai satu perkembangan tidak sihat untuk negara.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya benar, penganjur perhimpunan itu menerima dana daripada AS siasatan terperinci harus dilakukan.

“Saya rasa kita kena membuat semakan dan kalau BERSIH 5 ditaja oleh Soros, bagi saya, ini perbuatan tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang ke-50 Tahun di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana