Dakwaan dibiaya Soros: Gerakan Baju Merah tuntut Malaysiakini ditutup

PETALING JAYA: Kira-kira 100 ahli kumpulan Gerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos melakukan bantahan terhadap agensi berita Malaysiakini kerana menerima dana dari George Soros.

Bantahan yang dibuat di ibu pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang, dekat sini turut menuntut agar agensi berita itu ditutup.

Seramai 10 ahli Gerakan Baju Merah termasuk Jamal dibenarkan masuk ke premis sekitar jam 3 petang bagi bertemu pengurusan tertinggi Malaysiakini iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, Ketua pengarang RK Anand dan pengarang Bahasa Melayu Jimadie Shah Othman.

"Kita menuntut agar kerajaan menutup syarikat berita ini kerana mereka sudah jelas didalangi kuasa asing bagi meruntuhkan negara.

"Bukan jumlah sumbangan yang kita risaukan tetapi kita mempersoalkan sejauh mana hubungan mereka (Malaysiakini) dengan penyangak mata wang ini (Soros)," kata Jamal yang ditemui pemberita selepas pertemuan tersebut.

Jamal turut meminta agar Malaysiakini memberikan penjelasan yang memuaskan kepada mereka sebelum jam 12 malam ini.

Jamal turut memberitahu ketua pengarang, pada Sabtu ini beliau akan membawa kira-kira 20,000 penyokong untuk melakukan bantahan di hadapan pejabat Malaysiakini.

Dalam pertemuan selama setengah jam itu, Malaysiakini mengaku menerima dana antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

Malah menurut mereka, laporan mengenai senarai pemberi dana telah disiarkan Malaysiakini dalam portal mereka awal minggu ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana