Dah Mula Nak Main Taiciiii!!!!! PKR minta Adam Rosly isytihar harta

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah diminta mengisytihar hartanya bagi menyelesaikan kemelut mengenai nilai kekayaan yang dimilikinya. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, berkata lebih cepat Adam Rosly berbuat demikian adalah lebih baik kerana mampu membersihkan namanya jika beliau merasakan tiada apa-apa yang mahu disembunyikan.

Katanya, beliau sentiasa konsisten cara paling baik untuk mencegah penyelewengan atau rasuah di kalangan ahli politik dan pegawai tertinggi kerajaan adalah dengan mengisytihar harta secara terperinci seperti yang pernah beliau lakukan tahun lalu. "Ia bermakna, pada setiap tahun kena isytihar nilai harta yang kita miliki tahun lalu. Saya akan buat pengisytiharan harta saya pada minggu depan. Saya rasa cara paling mudah untuk Adam Rosly atau sesiapa sahaja, saya jemput semua Ahli Parlimen, isytihar harta minggu depan.

"Lagi cepat Adam Rosly isytihar harta lebih mudah sebab sebaik sahaja beliau dapat membuktikan bahawa beliau bersih dan tiada apa yang mahu disembunyikan, maka saya fikir orang akan berhenti bertanya. "Jika tidak orang akan terus mempertikaikan harta beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini sebentar tadi. Semalam, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan dilakukan terhadap kekayaan luar biasa pada usia muda dimiliki Adam Rosly.

Katanya, melihat kepada sejarah keluarga dan pekerjaan, agak mustahil untuk Adam memiliki kekayaan luar biasa seperti sekarang iaitu mempunyai banglo dan pelbagai kereta mewah. "Laporan ini dibuat rentetan cabaran Adam kepada saya supaya membuat laporan kepada SPRM jika tidak berpuas hati dengan kekayaan dimilikinya. Saya tahu susur galur keluarganya yang berasal dari kawasan setinggan. Jadi, kekayaan luar biasa ini agak meragukan. "Saya minta SPRM menyiasat secara terperinci mengenai hal ini, segala bukti berhubung kekayaan Adam seperti gambar rumah dan pelbagai jenis kereta mewah seperti Audi, Vellfire, Mercedes dan BMW turut dilampirkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana