Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih...Kena Tangkap Naya Suruh lah AMbiga Beri Pekerjaan Plak

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan membela anggotanya yang terlibat dalam sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan seperti menyertai perhimpunan haram Bersih.

Timbalan Presiden II Cuepacs Mohd Shaziman Jaes berkata setakat ini, Cuepacs belum menerima sebarang laporan terdapat anggotanya terlibat dalam gerakan seumpama itu.

"Cuepacs menyokong kerajaan sebab kitalah anggota yang melaksanakan dasar kerajaan dan yakin semua penjawat awam menyokong kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog bersama kakitangan Kementerian Kesihatan di sini, Isnin.

Dalam perkembangan lain Cuepacs menggesa pihak jabatan mempercepatkan penstrukturan perjawatan agar penjawat awam boleh menikmati gred baharu yang diwujudkan.

Mohd Shaziman berkata pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan sejak lima bulan lepas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun pelaksanaannya sangat perlahan malah belum ada permohonan daripada jabatan tertentu walaupun gred baharu telah diwujudkan.

"Kita menganggap seolah-olah ada kekangan tertentu mengenai perkara ini dan jabatan belum membuat tindakan yang ketara.
"Kita mahukan unjuran kenaikan pangkat bagi memberi peluang kepada kakitangan yang berada di tahap tertentu untuk mengisi gred yang diwujudkan itu," katanya.

Mohd Shaziman berkata isu itu menjadi persoalan dalam kalangan kakitangan awam kerana kerajaan telah memberi laluan dengan mewujudkan gred baharu, namun pelaksanaannya seakan-akan disekat di peringkat jabatan.

"Amat rugi apabila peluang kenaikan pangkat atau gred diwujudkan tetapi tiada tindakan (di peringkat jabatan), sekaligus menyebabkan kakitangan melihat hak mereka dinafikan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana