Bukan Derhaka, Tapi Prinsip - Syed Saddiq...Prinsip Apa Kebendanya Kalau Macam Ni

PETALING JAYA: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakannya menulis surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tegas beliau, pandangan yang dikemukakan berhubung larangan demonstrasi di Johor dilakukan atas dasar prinsip.

"Saya bukan penjilat atau pun penderhaka, saya berprinsip. Bila saya menulis surat memuji tindakan Sultan dan TMJ (Tunku Mahkota Johor) kerana lantang bersuara menentang rasuah, saya dipanggil penjilat.

"Malangnya, orang sama yang sebelum ini memanggil saya penjilat, sekarang ini memanggil saya penderhaka kerana berbeza pendapat dengan Tuanku," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan mengambil keterangannya dalam siasatan berhubung kandungan surat terbuka berkenaan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Syed Saddiq sebelum ini memuat naik di laman Facebooknya, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana