Budaya Seperti Ini Yang Dibanggakan?

Kadang kala, penulis tidak mengerti tentang budaya baru yang menjangkiti segolongan netizen di negara ini. Walau tidak semua, namun ada yang begitu. Hendak dikatakan tidak berakal, penulis yakin mereka berakal. Hendak dikatakan tidak waras, mereka bukan pesakit mental di hospital bahagia.

Hendak dikatakan tidak tahu membaca, mustahil sangat rasanya kerana mereka masing-masing mempunyai akaun media sosial dan lebih dari sebuah telefon pintar. Hendak kata tidak tahu berfikir, nanti ada yang tersinggung marah. Tapi nampaknya bagaikan begitu…

Kenapa terlalu sukar untuk menggunakan akal yang Allah kurniakan untuk berfikir? Mengapa diri masing-masing begitu mudah dipengaruhi sesuatu yang tidak pasti dan sangat meragukan? Sedar diri hidup di akhir zaman yang penuh dengan fitnah, tapi masih lagi enggan berfikir dan menolak kepalsuan?

Sudah berulang kali kita melihat penipuan, pembohongan, tohmahan dan segala jenis fitnah di media sosial. Fakta yang tidak benar, separuh masak dan direka-reka pun ada yang percaya? Ada yang ada ijazah pun percaya pada mereka yang tidak lulus SRP dan PMR? Apa wajarnya?

Hendak dikatakan tidak beragama, nanti mereka marahkan kita. Bercakap soal agama dan hukum hakam di media sosial mengalahkan mufti. Tapi mereka tetap percaya pada sesuatu yang tidak sahih, ‘hear say’ dan sekadar tuduhan tanpa bukti kukuh.

Itu perjuangan mereka? Itu budaya mereka? Itu yang mereka canang dan banggakan di media-media sosial? Susah sangatkah untuk berpegang pada yang hak dan menolak kebatilan? Jika tidak tahu atau ragu, tidakkah boleh mengambil pendirian seperti PAS yang berkecuali?

Penulis dulu tidak percaya Anwar meliwat pada awalnya. Tapi apabila mahkamah mengesahkan berlaku kejadian liwat, apakah ia tidak dianggap sebagai sebuah fakta? UMNO pernah diharamkan mahkamah, apakah itu tidak wajar dianggap sebagai fakta sah?

Melihat pada kekalutan pemikiran, kekeliruan dan budaya negatif di media sosial menyebabkan penulis amat susah untuk percaya pada setiap maklumat yang diterima setiap hari. Hampir setiap masa, ada saja cerita yang dikongsi. Itu belum lagi dikira dengan maki hamun dan sebagainya…

Ada yang sebar konon ada sumbangan petrol percuma, tapi padahal palsu. Ada yang sebar katanya curi organ, rupanya tidak benar. Ada yang sebar surat rasmi, tapi tidak faham apa yang dimaksudkan. Dunia seperti itukah yang dibanggakan?

Seronok sebar cerita tidak benar yang kontroversi untuk dapat like? Puas hati sangat dapat ribuan like di Facebook? Tidak sedarkah bahawa setiap like dan perkongsian itu mungkin memberi satu saham neraka pada kita setiap hari? Itu baru di Facebook, bagaimana pula di Whatsapp?

Jika boleh, kita semua mahu ke syurga, tidak mahu ke neraka. Tapi bolehkah Allah terima tukang fitnah dan penyebar fitnah ke dalam syurgaNya? Kita tahu jalan ke syurga, tapi kenapa tetap memilih jalan ke neraka?

Tanya diri sendiri dan jawab di lubuk hati yang paling dalam. Tapi ingatlah bahawa Islam itu tidak pernah menghalalkan cara untuk mencapai matlamat….

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana