Bolehkah Mahfuz Menang Tanpa PAS?Apa Tidaknya MP PAS Berkecuali Si Mahfuz Plak Menyebelahi Geng PH

Semalam, dilangsungkan pengundian Bajet 2017 di Dewan Rakyat sama ada diluluskan atau tidak oleh badan legislatif negara. Hasilnya, sebanyak 117 undi telah menyokong dan 70 menentang belanjawan negara tersebut.

Difahamkan bahawa 11 anggota Parlimen PAS telah mengambil pendirian untuk berkecuali dalam pengundian Bajet 2017. Sudah menjadi kebiasaan, apabila ahli parlimen atau menteri kerajaan membawa usul yang baik, ahli parlimen pembangkang yang bersetuju dengan usul itu selalunya tidak memberi sebarang undi dan bersikap berkecuali.

Keputusan di dalam Parlimen juga selalunya dibuat secara bersepakat dan berjemaah mengikut parti. Jika PKR tidak bersetuju, maka semua anggota parlimen PKR akan tidak bersetuju. Jika ahli parlimen DAP menentang, maka semua ahli parlimen DAP akan menentang usul tersebut.

Sama juga seperti PAS, parti itu selalunya menggunakan pendirian jemaah untuk menyatakan pendirian parti tersebut di dalam parlimen. Ia melambangkan pendirian parti dan semua Ahli Parlimen PAS perlu mengikut keputusan yang diputuskan jemaah parti tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya DAP bersetuju, membantah atau berkecuali dalam sesuatu usul, maka semua 38 orang anggota parlimen DAP akan menunjukkan solidariti mereka untuk mengundi mengikut pendirian parti. Boleh rujuk pada trend undi di Parlimen sebelum ini, hampir semuanya begitu.

Namun begitu, pendirian tersebut tidak diguna pakai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, semalam. Seramai 11 rakan partinya tidak mengundi dan mengambil sikap berkecuali, namun dia bagaikan ‘anak itik yang ganjil’ enggan sepakat dengan pendirian Ahli Parlimen PAS yang lain.

Mahfuz semalam senada dengan DAP, PKR dan PAN, sekaligus menunjukkan dia tidak ‘sekepala’ dengan pendirian PAS sekali lagi. Sedang ramai akar umbi PAS sedang memerhati perangai Mahfuz yang seolah mirip Datuk Husam Musa, beliau bagaikan tidak peduli tentang parti sendiri.

Apakah dia sengaja buat demikian untuk menarik perhatian ramai untuk publisiti murahan sekali lagi? Apakah dia mahu menunjukkan dirinya ‘berprinsip’ dan tidak terikat dengan pendirian PAS? Atau dia sengaja hendak tonjolkan diri sebagai ‘hero’ di dalam PAS?

Pada pandangan penulis, Mahfuz mungkin sedar bahawa 1 undi darinya tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam undian membantah usul Bajet 2017. Jika dia senada dengan semua ahli parlimen PAS semalam, undi menentang hanya kurang satu undi dan menjadi 69 undi sahaja. Ia tidak memberi sebarang kesan pun terhadap keputusan undian, bukan?

Maka kerana itulah penulis berpandangan bahawa Mahfuz sengaja mahu menunjukkan kepada umum tentang PAS kini masih lagi bermasalah dan mempunyai masalah dalaman. Berkemungkinan besar dia mahu seluruh dunia tahu bahawa dia tidak ‘sebulu’ dengan kepimpinan PAS.

Mungkin Mahfuz boleh memberi alasan pada penyokong PAS mendakwa kononnya dia membawa suara rakyat di Parlimen Pokok Sena dan bukan suara partinya. Dia boleh mendabik dada mengatakan dialah ‘juara rakyat’.

Tapi pada masa yang sama, Mahfuz sepatutnya sedar bahawa ahli dan penyokong PAS yang berjerih siang malam berkempen untuknya di Pokok Sena dulu mungkin akan memandang negatif padanya kerana tidak membawa wadah parti yang diwakili ke dalam parlimen.

Mahfuz bagaikan seorang Ahli Parlimen Bebas. Dia tidak membawa suara PAS, malah tidak senada dengan parti sendiri. Dia lebih cenderung bersetuju dengan DAP, PKR dan PAN berbanding parti sendiri. Sedangkan PAS kini sedang berusaha memulihkan imej parti dari pepecahan dalaman yang berlaku, bukan?

Persoalannya, di mana letaknya komitmen Mahfuz untuk PAS? Mursyidul Am PAS sudah beberapa kali menegaskan sudah berpatah arang dengan DAP, tapi Mahfuz seolah tidak peduli pada pendirian PAS itu. Mahfuz lebih utamakan DAP berbanding partinya sendiri?

Apakah Mahfuz bertanding di Parlimen Pokok Sena di atas tiket PAS atau kapasiti dirinya sendiri? Dia mewakili lambang bulan purnama, roket atau kunci pada PRU ke-13 yang lalu? Mahfuz gunakan jentera sendiri, jentera PAS atau jentera DAP ketika berkempen ketika itu?

Pada pandangan penulis, tidak hairanlah jika ramai akar umbi PAS yang kini sudah patah hati dengan Mahfuz. Mereka penat menangkan PAS di Pokok Sena, tapi wakil PAS yang mereka menangkan itu lebih berkiblatkan DAP…

Agaknya Mahfuz tidak mahu keluar dari PAS kerana takut melanggar bai’ah barangkali? Atau Mahfuz kini sedang mencari platform baru untuk bertanding pada PRU ke-14 nanti? Dia akan wakili parti mana jika digugurkan PAS dari senarai calon? DAP? PAN? PPBM? Atau ‘bebas’? Boleh menangkah dia tanpa PAS?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana