Bohong…harga gas LPG nak naik RM7 satu tong

Kalau baca di mana-mana kononnya harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 satu tong mulai tahun depan…jangan percaya.

Berita palsu itu memang sedang hangat diviralkan oleh pihak tertentu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin kata Rabu perbuatan pihak berkenaan tidak lain hanya cuba menghuru-harakan rakyat dengan  menimbulkan keadaan panik menerusi  cerita seperti ini.

Sambil menafikan harga LPG akan naik,beliau memberitahu KPDNKK telah  membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya semalam berhubung penyebaran berita palsu itu.

Katanya selain pihaknya, empat badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna masing-masing di Lembah Klang dan Pulau Pinang turut membuat laporan sama berkaitan isu yang menjadi viral di media sosial.

"Kita minta supaya polis menjalankan siasatan mencari pihak atau kumpulan tidak bertanggungjawab ini,”katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNKK di Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana