Bila Politik Kurang Ajar, Maka Kurang Ajarlah Balasannya

Menyelusuri lanskap politik negara, senario cacian, maki, herdik malah melucah sewaktu meluahkan kata-kata bukanlah perkara baharu. Sekian lamanya, perkara itu menjadi santapan halwa telinga, yang saban hari menyelusup ke sanubari.

Bila ia menjadi ruji, maka tidaklah boleh disembunyikan lagi. Karektor, watak dan hati.

Bila ahli politik (pemimpin) tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai murni ketika menyampaikan idea politiknya, bayangkan sendiri bagaimana pula pengikutnya.

Kita tidak pernah bersetuju dengan sebarang tindakan balas (kurang ajar) dari provokasi yang mungkin dilontarkan. Apa maknanya saling berbalas kurang ajar, jika akhirnya nanti membawa kemudharatan berbanding kebaikan. Politik seharusnya menjadi medan, atau alat untuk membawa kebaikan dan kemakmuran rakyat.

Namun, tindakan segelintir pemimpin hasil dari keterbiasaan bersikap kurang ajar, lambat laun pasti mengundang tindakbalas yang sama; kurang ajar. Maklum sahaja, tahap kesabaran manusia ini berbeza-beza, membuatkan sukar untuk menjangka tindakan mereka. Siapa yang perlu dipersalahkan?

Politik matang masih berstatus impian di negara ini. Dengan sensitiviti yang tinggi, dengan kemajmukan masyarakatnya, semua pihak harus memainkan peranan yang mengekang gejala dan budaya kurang ajar, serta ekstrimisme.

Ahli politik harus tahu batas-batas pergaulan, terutamanya ketika berkata-kata. Malu jika mengaku Islam, tetapi apa yang terucap di bibir sangat kontra dengan pengakuan Islamnya.

Sungguhpun ramai yang beranggapan masyarakat perlu bersikap terbuka, sikap kurang ajar tidak boleh diberikan hak atas idea keterbukaan tersebut. Orang dulu-dulu, sering mengingatkan agar kita menjaga tingkahlaku, dan kata-kata. Bukan sahaja ia agar disenangi oleh massa, tetapi juga mengelak dari mencipta musuh.

Oleh yang demikian, politik kebencian seperti ini harus dikikis dari terus menjadi sempadan kepada ukhwah dan silaturahmi. Sebagai pemimpin politik, tanpa mengira mana-mana parti politik, harus faham dan tahu, mereka punya tanggungjawab untuk membina negara bangsa.

Kekal bersedarhana, dan berhemah, maka baru layak dianggap bijaksana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana