Bila Mahathir Tuduh Najib Hapus Demokrasi....Tak Tahu Ker Zamannya Lagi Tak Boleh Bersuara

“Sebab itu semalam, beratus ribu keluar untuk tunjuk perasaan kerana kita ingin negara kita dibersih semula, supaya negara kita menjadi negara demokratik semula, tetapi Najib sudah hapuskan demokrasi”.

Begitulah antara ucapan Mahathir di dalam satu program pasca BERSIH 5.

Putus urat kentut pabila terdengar bagaimana Mahathir cuba menggambarkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai seorang yang tidak demokratik sedangkan kita semua tahu bagaimana susuk tubuh bernama Mahathir Mohamad memerintah negara selama 22 tahun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.

Namakan sahaja, dari Akta ISA sehinggalah tragedi Memali, dari Ops Lalang ke reformasi jalanan, apa akibat kepada mereka yang menentang kerajaannya? Di mana “demokrasi” seperti yang beliau sedang jaja kini ketika itu?

Siapa pula menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, sewaktu pindaan akta AUKU tahun 1975 yang diklasifikasikan oleh pengkritik sebagai antara pindaan yang paling ketara dengan lebih mencengkami dan mencabuli hak-hak asasi mahasiswa?

Masih ingatkah kita tentang apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh? Jangankan perihal demokrasi, hal-ehwal Perlembagaan juga terjejas.

Di peringkat parti pula, seramai 146,000 perwakilan menjadi perintis kepada proses transformasi politik UMNO apabila mengundi bagi memilih pemimpin peringkat pusat iaitu bagi jawatan naib presiden, ahli Majlis Tertinggi dan jawatan di bahagian masing-masing pada 2013. Pemilihan yang menggunakan sistem ‘Electoral College’ itu berlangsung susulan pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada 2009 untuk memberi suara lebih besar kepada ahli parti daripada 191 bahagian dalam memilih kepimpinan supaya menjadikan UMNO lebih telus dan demokratik.

Transformasi ini menjadi pemilihan parti UMNO lebih inklusif, berbanding sistem kuota seperti yang dipaktiskan selama 22 tahun pemerintahan Mahathir. Tidak demokratik?

Apa erti kebebasan bersuara pada era Mahathir Mohamad?

Penulis tidak kata apa yang telah Mahathir lakukan sepanjang 22 tahun adalah salah, kerana mungkin pada waktu tersebut, tindakan-tindakannya yang tidak demokratik itu adalah sebaik solusi terbaik “demi kepentingan negara”, apatah lagi dari sisi pandangan seorang yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri. Namun, apabila beliau cuba membuat dakwaan dengan menggambarkan Perdana Menteri sekarang sebagai tidak demokratik, Mahathir seharusnya melihat kembali era pemerintahan beliau sendiri.

Jika terlupa, mungkin boleh sahaja beliau bertanya kepada pimpinan PAS, kalau pun sudah tidak mempercayai apa yang bakal disebut oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang ada sekarang.

Najib tidak demokratik? Mahathir persis ibarat menepuk air di dulang…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana