*"BERSIH: Memakai Topeng Kebaikkan Untuk Menyembunyikan Perancangan Jahat!"*

BERSIH pertama berlaku pada tahun 2007,

4 bulan sebelum PRU 12 berlangsung. Satu bentuk demontrasi terhadap pemerintahan Islam. Pihak penganjur mendakwa tujuan mereka berdemontrasi untuk mempromosikan pilihanraya bebas dan adil melalui tuntutan oleh mereka.

Mereka berusaha memberi gambaran bahawa kekalahan mereka dalam setiap kali pilihanraya umum disebabkan Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) tidak berlaku adil dan menipu mereka.
Sangkaan dan tuduhan mereka adalah dusta semata mata, ini kerana semenjak dari tahun 1990, Kelantan masih dikuasi oleh parti PAS sehingga tahun 2007 dan ke hari ini. Malah Terengganu pernah diperintah oleh PAS. Dan terbaru kerajaan negeri Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang turut dikuasai oleh pembangkang.

Dan esok, BERSIH 5 pula akan berlaku sekali lagi dalam usaha mereka menunjukkan kepada rakyat bahawa SPR sentiasa tidak adil kepada pembangkang.

Keadilan SPR kepada pembangkang hanya diiktiraf sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya. walaupun hari ini Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dibawah kekuasaan mereka, bagi mereka SPR masih tidak adil dan jahat terhadap mereka. Begitu naif dan bias sekali anggapan dan tafsiran “Keadilan dan Ketelusan Pilihan Raya” bagi pembangkang.

Memakai Topeng Kebaikkan Untuk Menyembunyikan Tujuan Kejahatan
Ramai yang tidak ketahui bahawa himpunan BERSIH menggunapakai teori “non resistance violence” yang dipelopori oleh Dr Gane Sharp. BERSIH memakai topeng bagi menunjukkan akhlak baik mereka supaya rakyat Malaysia berjaya dipancing untuk turut menyertai demontrasi BERSIH.
Apabila himpunan berlaku, waktu itu jelas memperlihatkan watak sebenar himpunan BERSIH. Dengan menggunakan salah satu teori Dr Gane Sharp, pendemontrasi membawa poster, plakad dan, gambar dan lukisan kartun pemimpin dengan tujuan untuk merendahkan maruah, menghina serta menyindir pemimpin negara iaitu DS Najib Razak. Buktinya kita dapat lihat perbuatan mereka dalam setiap kali himpunan BERSIH berlaku.

Menurut teori Dr Gane Sharp, pemimpin negara di tempat demontrasi dibuat hendaklah diperlekeh serta dihina semahu mahunya agar rakyat hilang hormat terhadap pemimpin dan setelah rakyat dipengaruhi maka rakyat akan sentiasa memaki dan mencaci pemimpin.
Sekali lagi kita dapat lihat akhlak pendemontrasi BERSIH yang tidak lekang dimulut mereka memaki hamun DS Najib Razak. Ini mumbukikan teori Dr Gane Sharp telah meresap secara meluas dalam diri rakyat Malaysia.

Islam Menjawab Perbuatan Pendemontrasi BERSIH
Perbuatan pendemontrasi BERSIH yang berhimpun, berarak dan berdemontrasi untuk menghina pemimpin negara iaitu DS Najib Razak telah ditempelak oleh Tuhan dengan cara memberi amaran melalui hadis yang bermaksud “Mana mana kumpulan manusia yang berarak kearah pemimpin dengan tujuan menghinanya, maka Allah akan menimpakan kehinaan keatasnya sebelum hari kiamat” (Riwayat Imam Al-Bazzar).

Sekali Lagi Tuhan Menjawab Sangkaan Mereka

Malah ada pendemontrasi BERSIH yang tidak mahu menerima kebenaran hadis ini serta menolak hadis ini untuk diamalkan kerana mereka menggunakan sangkaan mereka bahawa DS Najib Razak seorang yang fasik, mencuri harta rakyat dan tidak mengamalkan Sunnah nabi. Oleh itu mereka berhak untuk menyertai demontrasi bagi menunjukkan mereka tidak perlu taat kepada beliau sebagai pemimpin.

Sangkaan mereka terhadap DS NajibRazak yang tidak mempunyai bukti kukuh untuk dihukum oleh hakim telah dijawab oleh Tuhan lebih 1400 tahun lalu supaya taat kepada pemimpin melalui hadis yang bermaksud: “Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil Sunnah dengan sunnahku, … . Aku (Hudzaifah) bertanya: Apa yang aku perlu lakukan jika aku menemuinya?. Baginda menjawab: (Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat”. (Muslim, Sahih Muslim, 3/387, no 3435).

Siapa Di Belakang BERSIH Dan Tujuannya

Kita sebagai rakyat Malaysia wajar sedar bahawa BERSIH telah ditaja oleh Open Society Institut (OSI) dan ianya diakui oleh penganjur BERSIH. OSI tidak hanya menaja kumpulan diMalaysia sahaja yang mahu mencetus emosi rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan lalu menyertai demontrasi.

OSI telah turut berjaya memainkan peranan penting dengan memberi dana kepada Radio Kalima di Tunisia untuk bertindak menghasut dan mempengaruhi rakyat agar membenci pemimpin dan kerajaan dan seterusnya bertindak melakukan demontrasi menjatuhkan pemimpin dan kerajaan.
Setelah OSI kepunyaan George Soros berjaya menjatuhkan pemimpin Tunisia melalui bantuan dana yang disalurkan kepada Radio Kalima. George Soros menggunakan modus operasi yang sama di Mesir. Kali ini beliau menggunakan Ahmad Maher dengan menubuhkan “April 6 Youth”. Kumpulan ini telah dilatih oleh satu NGO bernama OPTOR yang berpengkalan di Swiss dan turut dimiliki oleh Soros. Tugas OPTOR ialah melatih warga tempatan bagaimana hendak mempengaruhi rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan lalu mengatur demontrasi dengan tujuan menjatuhkan pemimpin dan kerajaan mereka.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, pada Feb 2011. Satu diskusi anak muda telah berlangsung di Kuala Lumpur dalam kawasan parlimen yang dikuasai pembangkang. Moderator forum tersebut mengakui bagaimana rapatnya OPTOR dengan pihak pendemontrasi di Malaysia dalam melatih anak tempatan sebagai satu persediaan untuk menghasut rakyat agar membenci pemimpin dan kerajaan dan menyertai demontrasi dalam skala besar besaran seperti aktiviti BERSIH.
Malah pada tahun yang sama, Anwar Ibrahim ketika itu berjawatan sebagai Ketua Umum Pembangkang (KETUM) telah mengeluarkan kenyataan yang dilapor dalam Malaysiakini membawa bahawa apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia. Kenyataan ang jelas mengukuhkan penglibatan George Soros melalui OPTOR.

George Soros bukan sekadar merosakkan amalan demokrasi sesebuah negara (atau lebih tepat sebagai God father) dengan membiayai kumpulan yang ingin melakukan demontrasi menjatuhkan pemimpin dan kerajaan lalu menguasai negara tersebut. Soros turut berperanan menghancurkan system kewangan sesebuah negara dalam usaha menguasai negara tersebut. Buktinya Presiden Rusia telah mengeluarkan arahan untuk menangkap George Soros samaada hidup atau mati kerana keterlibatan Soros dalam menghancurkan system kewangan di Rusia.

Arahan daripada Presiden Rusia ini dan beberapa peristiwa yang telah berlaku telah menunjukkan bahawa kegiatan demontrasi dalam negara takkan berlaku jika tidak mendapat dana dari luar negara. Tujuan mereka bukan sekadar ingin mewujudkan perpecahan antara rakyat umumnya dan kaum muslimin khususnya. Akan tetapi tujuan mereka ialah ingin menguasai negara dengan melantik pemimpin dan kerajaan boneka yang mudah diperintah oleh mereka setelah usaha mereka menjatuhkan pemimpin dan kerajaan sedia ada berjaya.

*Kesimpulan*

Jerat yang dipasang oleh pihak asing melalui kumpulan dalam negara amat berbahaya kepada kestabilan hidup kita semua sebagai rakyat. Sayangnya ada rakyat yang sanggup menjadi boneka mereka dalam menghasut orang lain untuk membenci pemimpin dan kerajaan dan bertindak menyertai demontrasi bagi menghina pemimpin dan berusaha menjatuhkan pemimpin dan kerajaan seperti apa yang ditunjukkan oleh BERSIH.

Kita yakin BERSIH tidak akan mengakui hakikat ini walaupun ini lah kebenarannya. Kepada sesiapa sahaja terutama orang Islam yang ingin menyertai BERSIH pada esok hari, ingat lah ancaman yang Allah janjikan kepada kita melalui hadis diatas sekiranya kita menyertai BERSIH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana