Bersih 5: Orang Melayu Sudah Tidak Peduli Mahathir

Bersih 5 ternyata lebih lesu berbanding Bersih 4, itu kesimpulan portal pro pembangkang, Malaysiakini yang dalam laporannya mengakui penyertaan orang ramai dalam himpunan haram kali ini semakin kurang berbanding tahun lepas.

Mengenai jumlah kehadiran yang berkurangan berbanding perhimpunan lalu, beliau berkata: “Kami terus lakukan sesuatu kerajaan guna polis untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun secara aman.” – Mkini / 19 Nov 2016

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan 16,000 hadir himpunan Bersih manakala Ambiga pula dengan gah mendakwa 100,000 ribu orang hadir himpunan tersebut.

Dalam kemaskini terkini Malaysiakini mendakwa pula 30,000 orang yang hadir. Tiba-tiba pula anggarannya naik mendadak.

Mana satu yang betul dan siapa betul siapa pula sembang kencang bermain angka dan nombor, terpulang pada pembaca untuk menilainya. Bila berhimpun atas jalan inilah yang terjadi, soal angka dan nombor paling mudah dimanipulasi, itu bezanya dengan berhimpun dalam stadium yang kita tahu kapasiti muatannya.

Kalau tanya penulis berapa ramai peserta Bersih yang hadir, congak kira terhampir angka 10,000 adalah lebih realistik.

Apa pun apa yang jelas, seperti himpunan tahun lalu, Bersih 5 ini terus didominasi penyokong Cina DAP dan PKR. Tak kurang dari 80 peratus dan tak lebih dari 90 peratus, hampir serupa seperti dulu.

Bakinya adalah peserta Melayu Islam dari PKR, PAN dan penyokong Mahathir serta segelintir Orang Asli yang diimport dari Gua Musang, Kelantan.

Sepatutnya kehadiran Mahathir membawa bonus tambahan kepada Bersih 5 dengan lebih ramai penyertaan Melayu Islam tapi nampaknya tak terjadi demikian. Sebaliknya kehadiran keseluruhan peserta Bersih 5 pula jauh berkurangan dari dulu.

Jelas hakikat ini menunjukkan pengaruh Mahathir gagal menarik khalayak ramai untuk menyertai himpunan haram ini. Malah lebih perit lagi, orang Melayu Islam juga sudah tidak ambil peduli dengan pengaruh batang tubuh Mahathir.

Mahathir yang dulu selama 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri paling terkehadapan menentang demonstrasi dan himpunan jalanan, tapi sekarang hari ini, dia pula yang terhegeh-hegeh menyertai demonstrasi haram, memalukan betul. – MyKMU.Net

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana