Bersih 5 Bukti Cina Makin Kuasai Politik Negara

PERHIMPUNAN haram Bersih 5 menjadi medan pengukur kekuatan bangsa Cina dalam arena politik tanahair. Sebelum ini ramai pihak mempertikaikan pembabitan bangsa Cina dalam siri perhimpunan haram tersebut.

Kini terbukti bahawa mereka semakin menguasai politik negara kita apabila statistik menunjukan 90% peserta Bersih 5 terdiri daripada bangsa Cina manakala hanya 10% sahaja penyertaan terdiri daripada bangsa Melayu dan India.

Menurut beberapa sumber, keseluruhan jumlah peserta perhimpunan haram Bersih 5 adalah 20,000 orang. Namun yang pasti perhimpunan haram kali ini gagal menarik ramai penyertaan bangsa Melayu dan India.

Selain daripada itu juga, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah telah ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA. Untuk makluman SOSMA diperkenal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

Maria ditahan semalam selepas serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di pejabat BERSIH di Petaling Jaya semalam. Beliau ditahan bersama pegawai sekretariat BERSIH Mandeep Singh. Mandeep bagaimanapun ditahan berkaitan tuduhan merusuh.

Malah pihak polis turut menyiasat BERSIH dibawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan berkaitan kegiatan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Siasatan itu dibuat selepas muncul kembali isu perhimpunan haram Bersih telah menerima dana daripada Open Society Foundation, yang dikaitkan dengan hartawan Yahudi George Soros.

Rakyat secara amnya menyedari bahawa siri perhimpunan haram Bersih didalangi oleh kuasa Yahudi yang berniat untuk menghancurkan keamanan negara sepertimana yang berlaku di Tunisia, Syria, Mesir dan lain-lain lagi.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana