BERSIH 5 berkeras mahu banjiri Dataran Merdeka...Ini Pun Tak Boleh Ikut Undang Undang...Ptuihhh

PETALING JAYA: Penganjur Himpunan BERSIH 5, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap berkeras mahu mengadakan himpunan berkenaan di Dataran Merdeka Sabtu ini biarpun mendapat tentangan daripada Gerakan Baju Merah.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata himpunan berkenaan akan tetap diadakan di Dataran Merdeka biarpun tidak dibenarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kami tidak akan tukar lokasi, kami akan adakan perarakan daripada Dataran Maybank dan juga Masjid Negara ke Dataran Merdeka. Tiada permit untuk himpunan berkenaan. Kami cuma serahkan notis (untuk adakan himpunan)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat BERSIH 2.0 hari ini.

Himpunan BERSIH 5 akan diadakan Sabtu ini bagi menuntut penyelesaikan segera terhadap isu melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia susulan pendedahan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tentang dakwaan penyelewengan wang yang berlaku melibatkan syarikat tersebut.

"Kami tidak akan memasuki Dataran Merdeka dan kali ini DBKL kata kami juta tidak boleh memasuki Jalan Raja Laut, kami tidak akan memasuki kawasan itu. Kami akan berada di kawasan yang dibenarkan sahaja. Saya tidak rasa kami perlukan apa-apa permit daripada DBKL walaupun mereka kata akan tutup kawasan berkenaan. Itu kawasan milik awam," jelas Maria.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan adalah bekas Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga, Timbalan Pengerusi BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari dan aktivis Hishammudin Rais.

Peserta himpunan BERSIH 5 Sabtu ini berdepan dengan ancaman daripada gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunus.

Jamal sebelum ini berkata, Baju Merah akan turun ke jalanan bagi membantah tindakan BERSIH mengadakan demonstrasi kali ke lima di ibu kota.

Jamal dan pelbagai pihak sebelum ini menuduh agenda himpunan BERSIH kini sudah tersasar daripada objektif asal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ditubuhkan.

Beberapa minggu lalu, penyokong Baju Merah dilaporkan terbabit dalam pergelutan dengan penyokong BERSIH 5 dan anggota polis.

Mengulas mengenai itu, Maria menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Gerakan Baju Merah yang akan mengadakan himpunan sama kerana melanggar Akta Himpunan Aman 2012.

"Kita tahu Baju Merah pun nak adakah himpunan tetapi mereka wujudkan keganasan dan oleh itu mereka tidak seharusnya mengadakan himpunan sama pada hari yang sama dan tempat sama dengan BERSIH. Itu yang diwartakan oleh Akta Himpunan Aman 2012.

"Saya rasa masih ada masa untuk pihak polis untuk bertindak dan harus bertindak sekarang dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) perlu bertindak kerana kami adakan himpunan aman," katanya merujuk kepada kenyataan Jamal.

Jamal sebelum ini memberikan amaran tidak dapat mengawal penyokongnya apabila mereka berkumpul pada Sabtu ini.

Semalam Jamal sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa gerakan itu tidak akan menyediakan makanan kepada penyokongnya kerana akan 'lapar' apabila berdepan dengan peserta BERSIH 5.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberikan amaran akan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata untuk menguraikan penyokong Baju Merah dan BERSIH 5 yang dijadualkan bertembung di Dataran Merdeka, kurang 48 jam dari sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana